SINGAPURA: Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA) selepas satu operasi bersama Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) awal minggu ini.
SFA dan ICA dalam kenyataan bersama berkata operasi itu dijalankan dari 25 hingga 26 Mac ke atas trak penghantaran sayur-sayuran yang biasanya mengangkut hasil untuk diedarkan terus kepada peruncit dan pelanggan yang memasuki Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands.
Semasa operasi itu, pegawai ICA merujuk dua trak ke SFA untuk pemeriksaan lanjut kerana percanggahan dalam konsainan yang diangkut.
"SFA kemudian menemukan 1.5 tan hasil yang tidak diisytiharkan seperti bayam, cili padi, daun bawang, terung, bawang putih yang dikupas dan kobis potong yang diimport oleh tiga pengimport dalam dua trak itu. Semua hasil import haram telah dirampas," menurut agensi itu.
Di Singapura, makanan yang diimport ke negara itu mesti memenuhi keperluan SFA.
Buah-buahan dan sayur-sayuran hanya boleh diimport oleh pengimport berlesen dan setiap konsainan mesti diisytiharkan dan disertakan dengan permit import yang sah.
Pesalah yang mengimport buah-buahan dan sayur-sayuran segar secara haram berdepan denda maksimum S$10,000 (S$1=RM3.51) dan atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, mereka yang mengimport buah-buahan dan sayur-sayuran diproses secara haram boleh didenda tidak melebihi S$1,000 dan sabitan berikutnya, didenda tidak melebihi S$2,000.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 29 2024
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA). - Foto FB SFA
Qatar, Mesir, AS komited pastikan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza
Qatar, Mesir dan AS berikrar untuk menjamin pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA).