SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura merampas komponen dan e-vaporiser atau rokok elektronik bernilai lebih lebih S$130,000 daripada tiga lori berpendaftaran Malaysia di Pusat Pemeriksaan Tuas dan Woodlands pada 9 dan 13 Mei.
Kenyataan itu menyatakan pada 9 Mei, pegawai ICA menggagalkan cubaan menyeludup 8,520 keping pod isian semula rokok elektronik ke Singapura melalui lori pengangkut konkrit pratuang.
Pegawai di Pusat Pemeriksaan Tuas yang menjalankan pemeriksaan lanjut menemukan pod isian semula rokok elektronik disembunyikan di dalam kenderaan itu.
Sementara itu, pada 13 Mei, pegawai ICA menggagalkan dua lagi percubaan menyeludup rokok elektronik pakai buang dan pod isian semula ke Singapura.
Menurut kenyataan itu di bawah Akta Tembakau Singapura (Kawalan Iklan dan Penjualan) melarang import, pengedaran, penjualan atau tawaran untuk penjualan produk tembakau berbahaya atau tiruan.
Individu yang disabitkan dengan kesalahan itu boleh didenda sehingga S$10,000, atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama, dan denda sehingga S$20,000, atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya bagi kesalahan kedua atau seterusnya.
"Semua barangan tembakau terlarang akan dirampas dan dimusnahkan," menurut kenyataan itu.
Sejak 1 April 2022 hingga kini, tujuh kes membabitkan penyeludupan komponen dan rokok elektronik melibatkan lori yang berdaftar di Malaysia telah dikesan ICA di pusat pemeriksaan.
Dua daripada lelaki Malaysia yang terlibat dalam satu daripada kes itu telah disabitkan di Mahkamah pada 12 April, dan dijatuhi hukuman penjara seminggu serta denda S$1,500.
"Baki enam lagi kes masih menunggu siasatan atau tindakan mahkamah," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 25 2022
Antara bungkusan bahan larangan yang dirampas oleh pihak ICA. - Facebook Immigration & Checkpoints Authority
1 maut, 11 hilang kenderaan terjunam ke dalam terusan di Haryana, India
Seorang maut manakala 11 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam Terusan Bhakra.
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada usia 81 tahun
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada Sabtu pada usia 81 tahun selepas mengalami sakit dalam tempoh singkat.
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Segerakan undang-undang selamatkan generasi penagih nikotin
Ridzuan menyedari wajah kawannya sentiasa pucat, mata merah selain asyik berkhayal dan tidak fokus dengan situasi sekeliling.
Kanak-kanak 2 tahun dipercayai keracunan nikotin akut selepas tertelan cecair vape
Mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh kerana memerlukan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak.
Rokok bernilai hampir RM2 juta, cecair vape seludup RM1.3 juta dirampas
Polis menahan tujuh lelaki berusia 16 hingga 54 tahun dalam beberapa siri serbuan di Tumpat dan Pasir Mas 8 dan 9 Oktober lepas.
Taktik licik dihidu, cubaan seludup cecair vape RM1 juta gagal
Ketika kejadian anggota bertugas menahan lori terbabit yang dipandu lelaki warga tempatan berusia 34 tahun sebelum membuat pemeriksaan menyeluruh.
Singapura rampas komponen, rokok elektronik bernilai lebih S$130,000
Cubaan menyeludup 8,520 keping pod isian semula rokok elektronik ke Singapura melalui lori pengangkut konkrit pratuang.
PGA9 rampas cecair vape bernilai RM550,000 di Pasir Mas
Kumpulan penyeludup terpaksa berputih mata selepas cecair vape bernilai RM550,000 yang disembunyikan di dalam semak dirampas PGA.
Peraturan kawal selia vape ambil kira kandungan cecair, penjualan di pasaran - Dr Lee
Ia bagi memastikan kandungan cecair vape tidak dicampurkan dengan bahan kimia lain dan penjualannya hanya terhad kepada golongan dewasa sahaja.
Belum ada permohonan jadikan vape cara rawatan berhenti rokok
Setakat ini, Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan hanya meluluskan dua cara sahaja untuk berhenti merokok iaitu menggunakan gula-gula getah atau chewing gum dan patch.
Ambil tindakan pihak jual cecair nikotin atas talian
Penjualan itu dilarang di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah & Kosmetik 1984.
Reman seminggu susulan rampasan 214 botol vape perisa ganja
Tujuh individu termasuk dua pasangan suami isteri yang ditahan susulan penemuan cecair vape disyaki mengandungi dadah jenis ganja.