SINGAPURA: Perarakan secara besar-besaran berlangsung di Padang pada Rabu sempena sambutan Hari Kebangsaan Singapura ke-58.
Bertemakan "Onward as One", Perarakan Hari Kebangsaan (NDP) 2023 itu dihadiri oleh Presiden Singapura Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Sambutan kali ini lebih meriah selepas 'perbarisan istiadat besar-besaran' tahun lepas, menggabungkan kontinjen perarakan fizikal dan maya, disaksikan kira-kira 27,000 pengunjung.
Halimah yang mengetuai NDP buat kali terakhir sebagai ketua negara republik itu, memeriksa kawalan kehormat oleh lima kontinjen, diikuti 21 das tembakan meriam.
Penggal enam tahun beliau berakhir bulan depan.
Sambutan yang berlangsung pada 6 petang itu dimulakan dengan segmen bertajuk "Defending Our Nation as One", menyaksikan perarakan 34 kontinjen yang melambangkan enam tonggak pertahanan.
Segmen itu melibatkan lebih 1,700 peserta, merangkumi pasukan Colours Party Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), lima kontinjen kawalan kehormat, lima kontinjen dari SAF, Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Diikuti dengan segmen bertajuk "Building Our Shared Future As One", meraikan kepelbagaian yang membentuk asas dan identiti Singapura.
Segmen itu terdiri daripada empat lakonan, menampilkan 43 artis dan 2,400 penghibur yang diketengahkan menerusi tiga filem pendek.
Filem-filem itu memaparkan kisah berkaitan impian, keghairahan, aspirasi dan sumbangan 19 rakyat Singapura kepada masyarakat.
Sementara itu, sempena memperingati ulang tahun ke-55 Tentera Udara Republik Singapura (RSAF), RSAF mengadakan pertunjukan udara.
Dalam segmen praperbarisan, pesawat pengangkut C-130 RSAF menerbangkan Red Lions melintasi Padang untuk segmen Military Free Fall.
Ini diikuti acara kegemaran - "Lintas Hormat Bendera Negara" dan segmen "Salute-To-The-Nation".
RSAF juga membuat pertunjukan udara empat RSAF55 dan beberapa aset terbarunya.
Perarakan itu disiarkan secara langsung di halaman Facebook dan YouTube rasmi NDPeeps, serta saluran TV kebangsaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 10 2023

Perarakan besar-besaran bertema 'Onward as One' berlangsung di Padang sempena sambutan Hari Kebangsaan Singapura ke-58 pada Rabu. - Foto ndp.gov.sg

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Singapura sambut Hari Kebangsaan ke-58 dengan perarakan besar-besaran
Sambutan kali ini lebih meriah selepas 'perbarisan' tahun lepas, menggabungkan perarakan fizikal dan maya, disaksikan 27,000 pengunjung.