SINGAPURA: Berikutan bukti antarabangsa menunjukkan varian Omicron COVID-19 berkemungkinan lebih mudah berjangkit tetapi kurang teruk berbanding varian Delta, dan vaksin terutama penggalak membantu melindungi dan mengurangkan kemasukan ke hospital, Singapura akan menyesuaikan pendekatannya dalam menguruskan penularan Omicron.
Selaras dengan maklumat terkini mengenai varian itu, mulai 1 Feb 2020, Kementerian Kesihatan republik itu akan menetapkan vaksinasi sebagai syarat untuk kelulusan permohonan baharu, pembaharuan pas jangka panjang, pas kerja dan penduduk tetap sedia ada.
Penyesuaian lain termasuk pembatalan sekatan perjalanan dari Bostwana, Eswatini, Ghana, Lesotho, Malawi, Mozambique, Namibia, Nigeria, Afrika Selatan dan Zimbabwe berkuat kuasa Isnin (27 Dis).
Setakat 25 Dis, Singapura mengesan 546 kes Omicron yang disahkan dengan 443 kes import dan 103 kes tempatan.
"Minggu lepas, kami mengesan 13 kes Omicron komuniti yang tidak berkait dan 78 kes Omicron daripada penularan komuniti tempatan," kata MOH dalam satu kenyataan lewat Ahad sambil menambah bahawa varian Omicron kini dikesan di lebih 110 negara, terutamanya di Afrika dan Eropah.
Pemantauan semasa daripada negara atau wilayah yang terjejas menunjukkan ketika ini varian Omicron lebih mudah menjangkiti berbanding varian lain dan mengatasi varian Delta sebagai varian utama di banyak negara, seperti United Kingdom dan Denmark.
Bagaimanapun, kementerian menyatakan data yang ada setakat ini menunjukkan bahawa jangkitan Omicron kurang risiko untuk kemasukan ke hospital dan penyakit teruk berbanding jangkitan Delta.
Di peringkat tempatan, kementerian itu berkata kes Omicron negara setakat ini tidak terlalu teruk, dengan tiada kes memerlukan penjagaan rapi atau bantuan oksigen, sebahagiannya mungkin disebabkan kebanyakan kes sudah divaksin sepenuhnya dan pesakit daripada kumpulan umur yang lebih muda."
Anggaran awal daripada kajian luar negara juga menunjukkan bahawa dua dos vaksin mRNA mengurangkan kira-kira 35 peratus risiko jangkitan Omicron yang bergejala, tambah kenyataan itu.
"Risiko dikurangkan lagi kepada kira-kira 75 peratus lebih rendah bagi individu yang menerima vaksin mRNA primer dan penggalak," kata kementerian itu, sambil menambah bahawa statistik itu merujuk kepada perlindungan terhadap jangkitan bergejala.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 27 2021

Setakat 25 Dis, Singapura mengesan 546 kes Omicron yang disahkan dengan 443 kes import dan 103 kes tempatan. - Gambar fail/BERNAMA

Bina Semula Gaza: Jangan serah kepada PA, alamatnya gagal - Penganalisis
Pembangunan semula Gaza perlu diselaras oleh entiti yang mampu membina semula wilayah terkepung yang musnah akibat serangan rejim zionis dengan sebaik mungkin.

Nilai kebersamaan tanggungjawab bersama, tidak terbatas pada agama, bangsa - Sultan Pahang
Keberadaan pihak bukan Islam yang turut menyumbang kepada pembangunan institusi Islam ialah satu cerminan indahnya kehidupan bermasyarakat di Pahang.

MADANI Digital Trade: Anjakan perubahan bantu PKS manfaatkan teknologi - Tengku Zafrul
Inisiatif MDT mampu menjadi pencetus perubahan yang membolehkan PKS meraih manfaat daripada teknologi seperti analisis dan data raya, pengkomputeran awan dan AI.

PM lawat Bazar Ramadan Seksyen 2, nasihat peniaga jaga harga jualan, kebersihan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa melawat peniaga dan beramah mesra bersama pengunjung Bazar Ramadan Seksyen 2 di sini.
Consider This: Transnational Repression (Part 2) — Are Our Governments Enabling It?
Authoritarian regimes don’t stop at their own borders—often reaching across countries to track, detain, and deport refugees, activists, and migrants. This is transnational repression: when a state extends its repression beyond its own beyond their borders to control or punish its citizens abroad. Malaysia and Thailand, two of Southeast Asia’s biggest hubs for migrants and refugees, have become key battlegrounds for transnational repression. With Malaysia helming ASEAN chair this year, what role does the region play in resisting, or enabling, transnational repression? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Krittaporn Semsantad, Programme Director at the Bangkok-based Peace Rights Foundation.
Consider This: Transnational Repression (Part 1) — Are Our Governments Enabling It?
Authoritarian regimes don’t stop at their own borders—often reaching across countries to track, detain, and deport refugees, activists, and migrants. This is transnational repression: when a state extends its repression beyond its own beyond their borders to control or punish its citizens abroad. Malaysia and Thailand, two of Southeast Asia’s biggest hubs for migrants and refugees, have become key battlegrounds for transnational repression. With Malaysia helming ASEAN chair this year, what role does the region play in resisting, or enabling, transnational repression? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Douglas Teoh, spokesperson from the End Transnational Repression Alliance.
AWANI Tonight 13 March 2025
AWANITonight with @fayekwan_
1. Ismail Sabri records statement for 6 hours, to return to MACC tomorrow
2. Youth bankruptcies in Malaysia on the rise
1. Ismail Sabri records statement for 6 hours, to return to MACC tomorrow
2. Youth bankruptcies in Malaysia on the rise
AWANI Tonight: Ismail Sabri questioned by MACC for 6 hours, to resume tomorrow
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob spent around six hours providing his statement at the MACC headquarters, and is expected to return tomorrow as part of the agency’s ongoing corruption probe.
AWANI Tonight: Incoming PM visits steel plant as country imposes counter-tariffs against the US
Canada will impose $20 billion in retaliatory tariffs on U.S. goods starting Thursday in response to President Trump's steel and aluminium tariffs, according to Canada's Finance Minister.

Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu terus bekerja keras untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang demi kesenangan serta kebajikan rakyat jelata.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.

COVID-19 terkawal tetapi virus akan terus ada bersama kita - KKM
Kebanyakan kes COVID-19 yang dilaporkan mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.

COVID-19: Kes aktif varian Omicron bergejala ringan - Pakar perubatan
Beliau berkata kes COVID-19 dijangka berkurangan selepas satu bulan berdasarkan pemerhatian trend jangkitan virus oleh KKM.

COVID-19: Kes meningkat kepada 12,757 pada ME49/2023
Walaupun terdapat peningkatan kes COVID-19, keadaan di Malaysia masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.

COVID-19: Kes jangkitan meningkat kepada 2,305 minggu lalu, 21 varian Omicron
Daripada jumlah itu, terdapat 20 kes Variant of Concern (VOC) dan satu kes Variant of Interest (VOI).

COVID-19: Qatar kesan kes pertama varian baharu EG.5
Qatar mengesan kes pertama varian baharu COVID-19 dikenali EG.5 di negara itu, kata Kementerian Kesihatan Awam pada Khamis.

Saintis seru rakyat UK pakai pelitup muka ekoran varian baharu "Eris"
Saintis menggesa orang ramai di United Kingdom kembali memakai pelitup muka di tengah-tengah kebimbangan "mutasi" subvarian Omicron, "Eris" yang kini menyumbang satu daripada 10 kes di negara itu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 April 2023.

COVID-19: Indonesia kesan tujuh kes Arcturus setakat ini
Indonesia mengesan lima kes baharu subvarian Omicron, Arcturus, menjadikan jumlah keseluruhan kepada tujuh kes setakat semalam.