SINGAPURA: Lembaga Taman Negara Singapura (NParks) merampas 20 tanduk badak sumbu yang diseludup melalui Lapangan Terbang Changi, dianggarkan bernilai sekitar S$1,200,000.
"Rampasan tanduk badak itu yang terbesar di Singapura setakat ini," menurut NParks dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Rabu.
Bahagian keselamatan lapangan terbang dan unit K9 mengesan 34 kilogram tanduk badak di dalam dua buah bagasi.
Pemilik bagasi berkenaan dilaporkan dalam perjalanan dari Afrika Selatan ke Laos dan transit di Singapura, telah ditahan.
Menurut NParks, badak sumbu dilindungi di bawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa dalam Spesies Terancam Flora dan Fauna Liar (CITES) serta transaksi perdagangan antarabangsa membabitkan tanduknya adalah dilarang.
Singapura antara negara yang menandatangani CITES dan komited dengan usaha antarabangsa untuk mengekang perdagangan hidupan liar haram demi memastikan kelangsungan hidup haiwan ini.
NParks memaklumkan bahawa ujian genetik sedang dijalankan di pusat forensik hidupan liar untuk mengenal pasti spesies badak sumbu.
"Tanduk-tanduk itu akan dimusnahkan bagi menghalangnya daripada memasuki semula pasaran dan bertujuan menjejaskan rantaian bekalan tanduk badak yang didagangkan secara haram," menurut kenyataan itu.
Di bawah Akta Spesies Terancam (Import dan Eksport), pemilikan spesies dalam transit di Singapura tanpa permit Cite yang sah boleh dikenakan denda sehingga S $ 50,000 setiap spesies (tidak melebihi agregat S$500,000) dan atau hukuman penjara sehingga dua tahun.
Penalti yang sama dikenakan untuk mereka yang memiliki atau memindahkan spesies yang dijadualkan, termasuk bahagian dan derivatif haiwan berkenaan.
Singapura tidak bertoleransi dalam isu perdagangan haram spesies hidupan liar yang terancam, menurut NParks.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 05 2022

Sebahagian daripada 20 tanduk badak sumbu yang dirampas di Lapangan Terbang Changi. - Foto National Parks Board of Singapore

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Singapura: Tanduk badak sumbu disita, rampasan terbesar setakat ini
Bahagian keselamatan lapangan terbang dan unit K9 mengesan 34 kilogram tanduk badak di dalam dua buah bagasi.