SINGAPURA: Dua lagi produk keluaran Mi Sedaap dari Indonesia ditarik balik Agensi Makanan Singapura (SFA) selepas dikesan mengandungi etilena oksida.
Agensi itu memaklumkan pihaknya telah mengarahkan Arklife Distributors Pte Ltd untuk menarik balik Mi Sedaap perisa Soto dan perisa kari dari pasaran.
Sebelum ini pada 6 Okt lalu SFA mengarahkan Sheng Sheng F&B Industries Pte Ltd untuk menarik balik dua lagi produk Mi Sedaap perisa Korean Spicy Sup dan Korean Spicy Chicken .
"Proses menarik balik (dua produk tambahan Mi Sedaap) sedang dijalankan," menurut agensi itu dalam satu kenyataan pada Sabtu.
SFA memaklumkan pihaknya sedang meneruskan ujian kawal selia produk Mi Sedaap yang lain.
"Kami juga bekerjasama dengan pengimport dan pihak berkuasa Indonesia untuk menyiasat dan membetulkan punca sekiranya berlaku pencemaran etilena oksida.
"Jika etilena oksida dikesan melebihi paras maksimum yang ditetapkan SFA akan memulakan proses menarik balik produk yang terjejas," menurut kenyataan itu.
Etilena oksida ialah racun perosak yang tidak dibenarkan penggunaannya dalam makanan.
"Ia boleh digunakan untuk pewasapan produk pertanian bagi mengelakkan pencemaran mikrob," menurut agensi itu.
Bagaimanapun, di bawah Peraturan Makanan Singapura etilena oksida dibenarkan dalam pensterilan rempah.
Had Sisa Maksimum (MRL) etilena oksida dalam rempah tidak boleh melebihi 50mg/kg (50ppm).
Walaupun tiada risiko serta-merta terhadap pengambilan makanan yang tercemar dengan etilena oksida dengan kadar rendah, pendedahan jangka panjang boleh membawa kepada masalah kesihatan.
Oleh itu pendedahan kepada bahan ini harus diminimumkan, menurut SFA.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 08 2022
![Singapura tarik balik dua lagi produk Mi Sedaap keluaran Indonesia Singapura tarik balik dua lagi produk Mi Sedaap keluaran Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665240675_MieSedapracun.jpg)
SFA memaklumkan pihaknya sedang meneruskan ujian kawal selia produk Mi Sedaap yang lain. - Gambar/ Bernama
![Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739273973_Zaquanartis.jpg)
Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia
Zaquan tidak memaklumkan berhubung punca kematian anak lelakinya itu.
Tiada pertandingan, Abang Johari dipilih semula Presiden PBB
Tan Sri Abang Johari Tun Openg kekal sebagai Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selepas menang tanpa bertanding jawatan tertinggi parti itu.
![Mangsa kes tembak nekad kejar suspek untuk tengok nombor plat Mangsa kes tembak nekad kejar suspek untuk tengok nombor plat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739272475_SuamiIsteriSelama.jpg)
Mangsa kes tembak nekad kejar suspek untuk tengok nombor plat
Mangsa kejadian tembak di Simpang Renggam semalam, nekad mengejar suspek yang menaiki Perodua Bezza demi mendapatkan nombor pendaftaran.
ASEAN 2025 | 11 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pengambilan jawatan di Sarawak cecah 96 peratus
Pengambilan jawatan guru khas di Sarawak kini mencecah sebanyak 96 peratus.
![Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739272092_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia, selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai rakan dialog ASEAN.
Projek SOGIP RM8.88 bilion pemangkin sabah jadi hab tenaga Asia Tenggara
Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (OG) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
Laksana tanggungjawab pastikan isu rakyat ditangani segera
Semua penjawat awam diminta melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan isu-isu berkaitan rakyat ditangani dengan baik dan segera.
Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Proses pembersihan SK Selangau yang terjejas teruk akibat banjir giat dijalankan bagi mempersiapkannya menghadapi musim persekolahan yang akan bermula minggu hadapan.
![Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739271972_AnwarIbrahim.jpg)
Tindakan Israel di Palestin adalah "projek kolonisasi" - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tegas Malaysia mengenai isu Palestin, mengutuk tindakan Israel sebagai satu "projek kolonisasi".
![Singapura tarik balik dua lagi produk Mi Sedaap keluaran Indonesia Singapura tarik balik dua lagi produk Mi Sedaap keluaran Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665240675_MieSedapracun.jpg)
Singapura tarik balik dua lagi produk Mi Sedaap keluaran Indonesia
Dua lagi produk keluaran Mi Sedaap dari Indonesia ditarik balik Agensi Makanan Singapura (SFA) selepas dikesan mengandungi etilena oksida.