SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong mengumumkan Pakej Sokongan Kos Sara Hidup S$1.1 bilion (S$1=RM3.43) bagi memberi kelegaan kepada isi rumah Singapura, terutamanya keluarga berpendapatan rendah hingga sederhana.
"Ini berdasarkan kepada langkah-langkah yang diumumkan dalam Belanjawan 2023," kata Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini.
MOF berkata, kerajaan telah menyediakan bantuan seperti di dalam belanjawan dan di luar belanjawan sejak awal tahun lepas, bertujuan membantu rakyat Singapura berdepan dengan masalah inflasi dan kos sara hidup yang tinggi.
"Walaupun inflasi telah menurun daripada kemuncaknya, isi rumah masih berhadapan dengan kesan kenaikan harga di pelbagai sektor," katanya.
Kementerian itu berkata Pakej Sokongan Kos Sara Hidup S$1.1 bilion akan merangkumi penambahan S$0.8 bilion kepada Pakej Jaminan yang menjadikan jumlah keseluruhannya lebih S$10 bilion.
Pakej itu akan menyaksikan bayaran tambahan sehingga S$200 tunai untuk 2.5 juta warga dewasa Singapura yang layak.
"Secara keseluruhannya, warga dewasa Singapura yang layak akan menerima sehingga S$800 tunai pada Disember 2023," kata kementerian itu.
Republik itu juga mengumumkan Langkah-Langkah Berkaitan Pengangkutan Awam yang akan mendapat subsidi tambahan kira-kira S$300 juta pada 2024.
"Subsidi tambahan ini membantu menyederhanakan kenaikan tambang dan membayar kos yang lebih tinggi untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam berikutan harga tenaga yang mengalami kenaikan berterusan pada 2022, inflasi teras dan pertumbuhan gaji yang kukuh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 28 2023

Pakej Sokongan Kos Sara Hidup S$1.1 bilion akan merangkumi penambahan S$0.8 bilion kepada Pakej Jaminan yang menjadikan jumlah keseluruhannya lebih S$10 bilion. -Gambar fail/Pixabay

Hari Komanwel: Menteri UK puji kekuatan Malaysia
West memuji keindahan Malaysia dan layanan mesra diterimanya dan menekankan perbincangan bermanfaat dengan wakil kerajaan mengenai objektif bersama.
Pintu empangan takungan air di Sepanyol dibuka
Hujan lebat berterusan akibat Taufan Jana menyebabkan pintu pelepasan empangan takungan air di Avila, Sepanyol terpaksa dibuka pada Isnin.

Aaron sah beraksi di Seluruh England - Herry
Aaron dan pasangannya Soh Wooi Yik akan membuka kempen menentang gandingan Denmark Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard.

Risiko penjawat awam muflis boleh dielakkan menerusi SPeKAR
Sistem itu dilihat mampu mengekang golongan terlibat daripada terus membuat pinjaman luar kemampuan mereka.

Perusuh cetuskan keganasan semasa sambutan kemenangan pasukan kriket India
Kejadian berlaku di bandar Dr Ambedkar Nagar, kira-kira 25km dari bandar komersial Indore dan 200 km dari ibu negeri Bhopal.
Komoditi: pencuri kopi meningkat di A.S akibat harga biji kopi melambung
Kes kecurian muatan trak yang membawa biji kopi mentah semakin meningkat di Amerika Syarikat berikutan lonjakan harga kopi ke paras tertinggi sepanjang tahun lalu.
Kemalangan laut: kapal tangki bertembung kapal kargo, cetus kebakaran besar
Sebuah kapal tangki yang membawa bahan api jet untuk tentera Amerika Syarikat bertembung dengan sebuah kapal kontena di luar pesisir timur laut England pada Isnin.

Kerajaan komited pastikan veteran ATM punya kerjaya kedua
Usaha ke arah itu antaranya akan digerakkan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Sumber Manusia melalui Program Veteran MyWIRA.
Pasca perang: SDF setuju sertai institusi negara baharu Syria
Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang diketuai oleh puak Kurdish dan disokong oleh Amerika Syarikat telah menandatangani perjanjian untuk bergabung dengan institusi negara baharu Syria, menurut kenyataan Pejabat Presiden Syria pada Isnin.
Kekejaman zionis: israel sekat makanan, bantuan, situasi gaza memburuk
Sekatan Israel terhadap kemasukan barangan ke Gaza memberi kesan buruk kepada penduduk Palestin, dengan beberapa kedai roti terpaksa ditutup dan harga makanan meningkat.

9 orang dimasukkan ke hospital di Singapura akibat penggunaan modafinil, armodafinil
Sembilan individu dimasukkan ke hospital di Singapura dalam tempoh setahun sejak Februari 2024 akibat reaksi kulit serius selepas mengambil modafinil atau armodafinil.

Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Singapura berdepan cabaran ekonomi global yang kompleks, tetapi kerajaan bertekad untuk terus menyokong rakyat.

Terminal feri Puteri Harbour bakal sedia perjalanan ke Singapura, pacu pertumbuhan di Iskandar Puteri
UEM Sunrise Berhad tidak menolak kemungkinan bersedia bagi menawarkan perjalanan menerusi laluan air ke Singapura dari Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour dalam masa terdekat.

Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu, Singapura, Thailand, Kemboja mulai Ahad
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada 1 Mac manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada 2 Mac.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.

Singapura keluarkan amaran risiko kongsi maklumat kad kredit untuk pembelian dalam talian
Pihak berkuasa Singapura mengeluarkan amaran mengenai risiko berkongsi maklumat kad kredit bagi transaksi dalam talian, susulan.

Kerajaan digesa campur tangan, tangguh pelaksanaan hukuman mati Pannir Selvam
Kerajaan digesa campur tangan berhubung pelaksanaan hukuman mati terhadap rakyat Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman yang disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah di Singapura.

Analisis: ASEAN mungkin harapan terakhir warga Malaysia berdepan hukuman gantung di Singapura
Pannir Selvam mungkin menjalani hukuman gantung pada bila-bila masa selepas rayuan terakhirnya ditolak.

Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.

Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.