RAMALLAH: Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk pada Rabu berkata rakyat Palestin di Gaza hidup dalam situasi yang semakin buruk ketika mereka terus diserang tanpa henti oleh Israel dan dihukum secara kolektif.
Bercakap pada sidang media menjelang Hari Hak Asasi Manusia, Turk berkata bantuan kemanusiaan sekali lagi hampir terputus dengan kebimbangan terhadap penularan penyakit dan kelaparan yang meluas.
"Orang awam di Gaza terus diserang tanpa henti oleh Israel dan dihukum secara kolektif - menderita kematian, pengepungan, kemusnahan dan kekurangan keperluan asas manusia penting seperti makanan, air, bekalan perubatan dan keperluan lain dalam jumlah yang besar. Rakyat Palestin di Gaza hidup dalam situasi yang semakin buruk," katanya, menurut Agensi Berita Palestin (WAFA).
Operasi ketenteraan, termasuk pengeboman oleh tentera penceroboh Israel diteruskan di utara, tengah dan selatan Gaza, menjejaskan orang awam yang telah berpindah beberapa kali - terpaksa melarikan diri - untuk mencari tempat yang selamat.
Turk berkata kira-kira 1.9 juta daripada 2.2 juta rakyat Palestin yang hilang tempat tinggal kini mencari perlindungan di tempat yang sangat sempit dan sesak di selatan Gaza, dalam keadaan tidak bersih dan tidak sihat.
"Bantuan kemanusiaan sekali lagi hampir terputus dengan kebimbangan terhadap penularan penyakit dan kelaparan meluas. Situasi malapetaka yang berlaku di Semenanjung Gaza boleh diramal dan boleh dicegah.
"Rakan-rakan kemanusiaan saya telah menyifatkan situasi ini sebagai bencana besar," katanya yang menggesa masyarakat antarabangsa agar sebulat suara mendesak gencatan senjata serta-merta atas dasar hak asasi manusia dan kemanusiaan.
Jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza Dr Ashraf al-Qudra berkata Hospital Al-Ahli di utara Bandaraya Gaza telah melebihi kapasitinya berikutan kemasukan besar-besaran orang ramai yang cedera ke kemudahan itu.
Beliau juga merayu untuk sokongan dan perlindungan antarabangsa daripada pengeboman Israel yang semakin meningkat.
Hospital Al-Ahli di bahagian utara Bandar Gaza telah melebihi kapasitinya disebabkan jumlah besar orang yang cedera yang dipindahkan ke fasiliti itu, kata jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza dalam satu kenyataan pada Rabu, dan meminta sokongan dan perlindungan antarabangsa terhadap pengeboman Israel yang semakin meningkat.
Pesakit meninggal dunia kerana kehilangan darah yang banyak, menurut Dr Ashraf al-Qudra dalam kenyataan yang disiarkan di X, lapor Agensi Anadolu.
"Kami sedang berusaha sedaya upaya untuk mengendalikan sebanyak mungkin kompleks perubatan untuk menerima mangsa yang cedera," katanya.
Menurut beliau kakitangan perubatan menghadapi cabaran besar dan memerlukan sokongan serta perlindungan daripada organisasi antarabangsa.
Israel meneruskan serangan ketenteraannya di Semenanjung Gaza pada Jumaat lepas selepas jeda kemanusiaan. Sejak tercetusnya konflik pada 7 Okt lepas hingga kini, sekurang-kurangnya 16,248 penduduk Palestin terbunuh manakala 43,616 lagi cedera.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023

Sejak tercetusnya konflik pada 7 Okt lepas hingga kini, sekurang-kurangnya 16,248 penduduk Palestin terbunuh manakala 43,616 lagi cedera. - Gambar/ AP

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Setiausaha Agung OIC komited pertahan perjuangan Palestin, hak minoriti Islam
Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha menegaskan komitmen organisasi itu dalam mempertahankan perjuangan rakyat Palestin.

4,500 kes amputasi dilaporkan di Gaza - Pegawai kesihatan
Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza telah merekodkan 4,500 kes amputasi sejak bermulanya serangan genosid Israel ke atas wilayah itu, kata seorang pegawai kanan kementerian pada Jumaat.

10 wartawan terkorban di Gaza pada Disember 2024
Sepuluh wartawan Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza pada Disember 2024, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik sebuah kumpulan media pada Sabtu.

UNIFIL kecam tindakan Israel musnahkan menara pemerhati Lubnan
Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) pada Sabtu mengecam tindakan tentera Israel memusnahkan menara pemerhati tentera Lubnan.

Ketua Polis Gaza, timbalan terbunuh dalam serangan Israel di Khan Younis
Ketua Polis Gaza dan timbalannya terbunuh dalam serangan udara Israel di bandar selatan Khan Younis pada Khamis, menurut Kementerian Dalam Negeri.

Hospital di Gaza rayu bantuan, tidak lagi mampu rawat pesakit
Sebuah hospital di utara Semenanjung Gaza merayu bantuan segera daripada komuniti antarabangsa untuk bekalan ubat-ubatan dan makanan kerana tidak lagi mampu merawat pesakit.

Rakyat Maghribi bantah keganasan Israel di Gaza
Rakyat Maghribi mengadakan protes pada Sabtu bagi membantah kekejaman Israel di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).

Israel langgar gencatan senjata dengan Lubnan 6 kali pada hari ke-23
Tentera Israel melanggar perjanjian gencatan senjata dengan Lubnan sebanyak enam kali pada hari ke-23, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik laporan Agensi Berita Kebangsaan Lubnan (NNA) pada Khamis.

UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.

Perhimpunan Agung PBB sambung semula sesi tergempar tangani situasi serius di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula sesi khas tergempar ke-10 bagi menangani situasi serius di Semenanjung Gaza malam tadi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).