SYARIKAT teknologi terkemuka dunia, Apple Inc mengesahkan ia telah mengeluarkan aplikasi panggilan dan mesej popular, Skype daripada setor aplikasinya di China.
Menurut Apple, langkah itu dibuat selepas akur dengan keputusan kerajaan republik itu yang memaklumkan aplikasi berkenaan tidak mematuhi undang-undang negara itu.
"Kami telah dimaklumkan oleh Kementerian Keselamatan Awam bahawa perbualan menggunakan aplikasi protokol internet tidak selari dengan undang-undang tempatan.
"Justeru aplikasi berkenaan (Skype) telah dikeluarkan daripada setor aplikasi di China," kata Apple dalam satu kenyataan.
Selain Apple, Skype turut dikeluarkan daripada setor aplikasi Android.
Microsoft selaku pemilik Skype dalam kenyataannya kepada BBC memaklumkan aplikasi itu telah dikeluarkan dari senarai untuk tempoh sementara dan syarikat berkenaan sedang dalam proses untuk mengembalikannya secepat mungkin.
Bagaimanapun Microsoft enggan mengulas lanjut mengenainya.
Media sebelum ini melaporkan gangguan pada Skype telah bermula sejak Oktober lalu.
Sebelum Skype beberapa lagi aplikasi digital dan internet milik syarikat asing telah disekat penggunaannya di negara tembok besar itu antaranya Alphabet's Google, Facebook dan Twitter.
Astro Awani
Wed Nov 22 2017

Aplikasi Skype didapati tidak selari undang-undang China. - REUTERS/Dado Ruvic/File Photo
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.

Ciri pengesahan identiti apabila berlaku kecurian akan diterima semua peranti Android
Ia memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna apabila peranti dicuri, data peribadi tidak boleh diakses oleh pencuri.

Google Play Store akan buang ciri perkongsian aplikasi terbina
Dalam Google Play Store versi 44.1, Google menyatakan ciri ini akan dibuang.

Google Gemini kini boleh ingat minat anda untuk maklum balas lebih relevan
Ini menjadikan Gemini lebih diperibadikan mengikut setiap pengguna seakan pembantu maya sebenar yang turut boleh berbual secara semula jadi.

Arc Search untuk Android kini stabil, pelayar web AI dengan penghalang iklan terbina
Arc Search turut terkenal sebagai pelayar web yang mempunyai penghalang iklan yang cukup agresif dan stabil.

Android 16 akan dilancarkan lebih awal pada Q2 2025
Ini akan menjadikannya pelancaran sistem operasi paling awal pernah dilakukan sejak Android 4 Jelly Bean yang dilancarkan pada Julai 2012.

HarmonyOS Next akan ditawarkan bermula minggu ini di China
Sistem operasi HarmonyOS Next ini akan ditawarkan untuk pengguna Mate 60, Mate X5 dan juga tablet MatePad Pro 13.2 di China terlebih dahulu.

Anda kini boleh cari sesuatu dengan merakam video guna Google Lens
Teknologi ini menggunakan Gemini untuk memberikan maklum balas yang pantas dan membantu dalam carian video.

Pelayar web AI popular iOS 'Arc' akan ke Android
Arc adalah pelayar web yang mementingkan ketenangan kerana semua elemen pada aplikasi ini adalah minimalis.

Google Essentials mudahkan aplikasi Google dipasang pada PC Windows
Idea aplikasi ini adalah untuk pengguna Windows yang menggunakan peranti Android menikmati ciri ekosistem seakan iPhone dan Mac.