BRATISLAVA: Slovakia menyatakan pada Khamis bahawa pihaknya bersedia menghantar sistem peluru berpandu antipesawat S-300 buatan Rusia ke Ukraine.
Bagaimanapun, penghantaran itu perlu diikuti dengan syarat iaitu ia akan mendapat pengganti kepada sistem peluru berpandu itu bagi mengelakkan jurang keselamatan dalam kalangan anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
"Kami telah berbincang dengan Amerika Syarikat (AS), Ukraine dan juga dengan sekutu lain mengenai kemungkinan untuk menggunakan atau menghantar sistem S-300 kepada orang Ukraine," kata Menteri Pertahanan Slovakia, Jaroslav Nad kepada para wartawan.
"Kami bersedia melakukannya dengan segera apabila kami mempunyai pengganti yang tepat," tambahnya.
Nad menyatakan bahawa menyerahkan satu-satunya sistem pertahanan udara yang strategik itu akan menyebabkan terdapat jurang keselamatan dalam NATO.
Ini kerana Slovakia merupakan anggota NATO.
Pada awal Khamis, Nad menyebut bahawa Slovakia masih bergantung kepada Rusia untuk kerja-kerja servis sistem S-300.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri Mar 18 2022

Sistem peluru berpandu antipesawat S-300 dibina oleh Rusia. - Foto TASS
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Rusia hapuskan depot peluru misil antipesawat S-200 Ukraine di Donetsk
Artileri Rusia berjaya memusnahkan depot peluru Ukraine yang digunakan bagi kegunaan sistem peluru berpandu antipesawat S-200 berhampiran Slovyansk di Donetsk.

Slovakia mungkin hantar senjata antipesawat ke Ukraine
Penghantaran itu perlu diikuti dengan syarat iaitu ia akan mendapat pengganti kepada sistem peluru berpandu itu.