Pengintip Amerika Syarikat (AS) Edward Snowden memberi amaran lebih banyak pembongkaran akan dilakukan dengan berkata: "Kebenaran akan tiba dan tidak mungkin berhenti."
Bekas kontraktor Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) menafikan tuduhan yang mengatakan beliau pengkhianat atau pernah berkhidmat sebagai agen Cina malah beliau memberitahu telah mendedahkan warga AS kepada ancaman pengawasan rangkaian yang telah menjejaskan jutaan orang.
Pentadbiran presiden Barack Obama mengecam pembongkaran yang didedahkan oleh Snowden bagi melindungi warga AS daripada ancaman pengganas.
Snowden telah berpindah daripada NSA yang berpengkalan di Hawaii ke NSA Hong Kong dengan membawa dokumun sulit.
Beliau turut berjanji akan mendedahkan perincian bagaimana agen AS mengintip emel persendirian.
"Butiran lanjut bagaimana NSA mengakses maklumat berkenaan akan menyusul," jelas beliau dalam satu sidang video oleh akhbar Guardian dengan mengulangi agen persekutuan AS telah mengakses maklumat trafik web pengguna.
Peratusan agensi AS dapat mengakses komunikasi peribadi yang disimpan dalam pelayan penyedia perkhidmatan telah mencetuskan kontroversi pembongkaran berkenaan.
Firma seperti Google dan Facebook berkata mereka menyalurkan maklumat hanya dengan perintah mahkamah dan menafikan telah memberi maklumat kepada NSA melalui "pintu belakang" terhadap pustaka maklumatnya.
Namun, Snowden mengulangi dakwaannya hampir kesemua penganalisis NSA boleh mengakses pengkalan data emel dan telefon pengguna.
AFP
Tue Jun 18 2013


Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.
[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Obama janji henti kawalan data telefon ratusan juta penduduk
Obama turut janji perlindungan bagi komunikasi warga asing dan arahan serta merta kepada agensi risikan bagi mendapatkan perintah mahkamah sebelum mengakses data sulit individu.

Snowden: Kebenaran akan tiba
Pengintip Amerika Syarikat (AS) Edward Snowden memberi amaran lebih banyak pembongkaran akan dilakukan dengan berkata: "Kebenaran akan tiba dan tidak mungkin berhenti."