NEW DELHI: Syarikat penerbangan tambang murah SpiceJet hanya dibenarkan mengendalikan 50 peratus penerbangan selama lapan minggu berikutan beberapa insiden yang melibatkan pesawat milik syarikat itu baru-baru ini.
"Dalam beberapa kejadian sebelum ini, pesawat diarah berpatah balik ke tempat berlepas atau pun mendarat di destinasi dengan tahap keselamatan yang rendah.
"Wujud isu keselamatan dalaman yang tidak dihiraukan serta langkah penyelenggaraan tidak mencukupi sehingga mengakibatkan tahap keselamatan yang rendah," kata Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGCA) pada Rabu.
DGCA tidak berpuas hati dengan jawapan syarikat penerbangan itu ketika diminta memberikan penjelasan berhubung isu keselamatan dan sepanjang tempoh itu SpiceJet akan tertakluk kepada pemantauan yang ketat.
Dalam insiden yang dilaporkan pada Julai, sebuah pesawat SpiceJet melakukan pendaratan kecemasan di Mumbai selepas cermin depan di bahagian luar retak dan satu lagi pesawat terpaksa berpatah balik ke New Delhi selepas asap dikesan di dalam kabin.
Pada 5 Julai pula, pesawat yang dalam penerbangan dari New Delhi ke Dubai melakukan pendaratan kecemasan di bandar Karachi, Pakistan kerana masalah teknikal.
Menurut DGCA kebenaran untuk menambah bilangan penerbangan berlepas melebihi 50 peratus di bawah Jadual Musim Panas 2022 adalah tertakluk kepada kemampuan syarikat menyediakan sokongan teknikal dan sumber kewangan yang mencukupi untuk keselamatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 27 2022

Sepanjang tempoh lapan minggu itu, SpiceJet akan tertakluk kepada pemantauan yang ketat. - Gambar hiasan/Twitter @flyspicejet

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

SpiceJet India diarah kurangkan jumlah penerbangan atas faktor keselamatan
DGCA tidak berpuas hati dengan jawapan SpiceJet ketika diminta memberikan penjelasan berhubung isu keselamatan.

Pesawat SpiceJet terpaksa berpatah balik ada asap dalam kabin
Sebuah pesawat SpiceJet pada Sabtu terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang di New Delhi selepas anak kapal mengesan asap di dalam kabin, menurut pegawai.

17 cedera penerbangan domestik India dilanda gelora udara
Penerbangan SpiceJet membawa 188 penumpang dilanda gelora udara sebelum mendarat di lapangan terbang Durgapur.

Juruteknik pesawat maut tersepit pintu
Seorang juruteknik sebuah penerbangan India, SpiceJet maut dalam keadaan yang mengejutkan selepas tersepit pada bahagian pintu pesawat itu dalam kejadian di Kolkata, pada Rabu.

Juruteknik maut tersepit pintu pesawat
Seorang juruteknik maut apabila pintu hidraulik pesawat tutup secara tiba-tiba, menyebabkannya tersepit antara pintu-pintu tersebut.