BANGKOK: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand pada Isnin memperakui keputusan Pilihan Raya Umum 14 Mei lepas yang membuka laluan kepada penggal baharu Parlimen yang akan bersidang dalam tempoh 15 hari selain pembentukan kerajaan baharu dalam tempoh beberapa minggu lagi.
Kesemua 500 kerusi Dewan Perwakilan - 400 kerusi kawasan pilihan raya dan 100 kerusi senarai parti yang diperuntukkan berdasarkan perwakilan berkadar, telah pun disahkan.
Setiausaha Agung SPR, Sawaeng Boonmee berkata, walaupun SPR telah memperakui keputusan semua kerusi, siasatan mengenai penipuan pilihan raya akan terus dijalankan dalam tempoh setahun.
Selepas pengesahan kesemua 500 Ahli Parlimen hari ini, Parlimen baharu mesti bersidang dalam tempoh 15 hari untuk memilih Speaker dan timbalan speaker yang baharu.
Speaker Dewan akan menetapkan tarikh sesi bersama 500 ahli Dewan Perwakilan yang dipilih dan 250 senat untuk mengundi memilih perdana menteri baharu.
Media tempatan melaporkan Parlimen baharu dijangka bersidang pada 3 Julai.
Mengenai aduan terhadap 71 Ahli Parlimen di 37 kawasan yang didakwa melanggar peraturan pilihan raya, Sawaeng berkata SPR tidak dapat menyelesaikan siasatan dalam tempoh 60 hari.
Oleh itu, suruhanjaya memutuskan untuk memperakui keputusan semua kerusi terlebih dahulu.
Mengenai siasatan terhadap pemimpin parti Move Forward dan calon Perdana Menteri, Pita Limjaroenrat, Sawaeng berkata, siasatan masih belum selesai.
Pita sedang disiasat bagi menentukan sama ada beliau layak bertanding dalam pilihan raya umum bulan lepas kerana pemilikan saham dalam iTV Plc, penyiar yang menghentikan operasi pada 2017, yang mengikut undang-undang pilihan raya beliau tidak boleh bertanding.
Parti golongan muda Move Forward yang diterajui Pita memperoleh lebih 14.2 juta undi dan memenangi 151 daripada 500 kerusi di Dewan Perwakilan pada pilihan raya bulan lalu.
Gabungan lapan parti yang diketuai oleh Parti Move Forward, ditubuhkan dan menguasai 313 daripada 500 kerusi Dewan.
Namun, tiada jaminan bahawa gabungan Pita akan berjaya membentuk kerajaan kerana ia masih perlu mendapatkan sokongan sekurang-kurangnya 63 ahli Senat yang dilantik oleh kerajaan tentera Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha selepas rampasan kuasa 2014, untuk mengumpul 376 undi secara keseluruhan.
Berdasarkan sejarah, para senator sebelum ini menyebelahi parti yang disokong tentera. - BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023

400 kerusi kawasan pilihan raya dan 100 kerusi senarai parti yang diperuntukkan berdasarkan perwakilan berkadar, telah pun disahkan. - Foto BERNAMA

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

SPR Thailand sahkan keputusan pilihan raya bolehkan pembentukan kerajaan baharu
400 kerusi kawasan pilihan raya dan 100 kerusi senarai parti yang diperuntukkan berdasarkan perwakilan berkadar, telah pun disahkan.

Pilihan raya umum Thailand dijangka pada 7 Mei 2023
Calon boleh mula berkempen mereka mulai 24 Sept iaitu 180 hari sebelum penggal kerajaan berakhir.

PRU Thailand: Pheu Thai dahului kedudukan dalam Parlimen, raih 137 kerusi
Parti Palang Pracharat, yang pro-Junta, berada di kedudukan kedua dengan 97 kerusi.

Tarikh pengundian baru diumum bagi kawasan yang terganggu di Thailand
SPR Thailand dijangka menetapkan pada Khamis tarikh bagi pengundi yang tidak dapat mengundi dalam pilihan raya umum semalam serta mereka yang mendaftar dalam pengundian awal pada 26 Jan lepas.