JAKARTA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil empat Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata ia bagi menyiasat dakwaan wujudnya unsur rasuah untuk beralih sokongan.
"Buat masa ini kita tunggu laporan (daripada polis)...siasatan terbuka akan dijalankan dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama Persidangan Antirasuah Sedunia (WACC) 2023 di sini hari ini.
Beliau berkata laporan polis terhadap keempat-empat Ahli Parlimen berkenaan dibuat pada Isnin lepas dan polis merujuk kepada SPRM untuk siasatan lanjut kerana laporan itu lebih tertumpu kepada elemen rasuah.
Pada Selasa lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata polis dan SPRM bersedia menjalankan siasatan secara profesional terhadap laporan kononnya terdapat unsur umpan, habuan dan ugutan berkaitan sokongan beberapa Ahli Parlimen PN terhadap Perdana Menteri.
Sebelum ini, empat Ahli Parlimen PN daripada Bersatu iaitu Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli) menyatakan pendirian menyokong Anwar menyebabkan timbul dakwaan sokongan itu ada unsur rasuah.
Sementara itu, Azam berkata SPRM akan mendedahkan laporan interim berhubung siasatan terhadap Aman Palestin Bhd yang didakwa wujud ketidakaturan dalam aktiviti pengumpulan derma oleh badan bukan kerajaan (NGO) itu untuk rakyat Palestin.
"Beri tempoh masa pada SPRM siasat dan minggu depan laporan interim akan dikeluarkan kerana ia penting untuk orang ramai tahu," katanya dan menambah setakat ini tujuh saksi dipanggil memberi keterangan dan pegawai forensik SPRM juga sedang meneliti dokumen-dokumen yang diperoleh daripada Aman Palestin dari 2020 hingga 2022.
Mengenai laporan polis yang dibuat ekoran tohmahan terhadap SPRM yang mendakwa agensi itu dikawal oleh kerajaan, Azam berkata ia adalah tohmahan liar dan tidak berasas.
"Kes Syed Saddiq (Ahli Parlimen Muar) masih dalam peringkat rayuan dan mana-mana pihak tidak boleh pertikai. Ada ketika SPRM kalah pendakwaan di mahkamah tetapi tak ada pula pihak katakan sesiapa mempengaruhi mahkamah," katanya.
Semalam SPRM membuat laporan polis berhubung hantaran dalam aplikasi TikTok yang didakwa mengandungi tuduhan palsu semasa pelancaran jentera Pilihan Raya Kecik (PRK) Parlimen Kemaman pada 10 Nov lepas.
Hantaran dimuat naik seorang pemilik akaun media sosial itu memaparkan seorang pemimpin parti politik mengeluarkan beberapa tuduhan palsu dalam ceramah beliau antaranya jentera- jentera kerajaan, SPRM dan hakim-hakim dikawal oleh kerajaan selain mempertikai keputusan Hakim Mahkamah Tinggi berhubung sabitan pertuduhan ke atas Syed Saddiq.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 16 2023

Azam berkata ia bagi menyiasat dakwaan wujudnya unsur rasuah untuk beralih sokongan. - Gambar fail/Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

Malaysia terus perjuangkan isu kezaliman terhadap Palestin - PM Anwar
Malaysia akan terus bersuara memperjuangkan isu rakyat dan Palestin yang sedang berdepan kezaliman dan kekejaman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azmi Kamaruzaman dilantik Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM yang baharu
Datuk Azmi Kamaruzaman dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) suruhanjaya berkenaan berkuat kuasa 13 Februari lepas.

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat: Benarkan wakil rakyat terima aduan salah laku - Peguam
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat perlu dipinda dengan memberikan kuasa kepada wakil rakyat untuk menerima maklumat.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

CEO, Pengerusi Able Global bebas tahanan reman SPRM
Able Global Bhd (Able Global) mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Edward Goh Swee Wang dan Pengerusi Ng Keng Hoe sudah dibebaskan daripada tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (S

Kes salah laku DBKL: Tiada elemen jenayah, wujud kelemahan tatakelola - Azam Baki
Tiada elemen jenayah didapati berlaku berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.