SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) akan memberikan bayaran balik penuh tambang kepada semua penumpang penerbangan SQ321, yang mengalami gelora udara ekstrem bulan lepas, termasuk kepada mereka yang tidak mengalami sebarang kecederaan.
Syarikat penerbangan itu menerusi hantaran di Facebook pada Selasa berkata semua penumpang juga akan menerima pampasan kelewatan mengikut peraturan Kesatuan Eropah atau United Kingdom yang berkaitan.
SIA berkata mereka yang mengalami kecederaan ringan telah ditawarkan pampasan sebanyak AS$10,000 (AS$1=RM4.72), manakala mereka yang mengalami kecederaan lebih serius telah dijemput untuk membincangkan tawaran pampasan mengikut keadaan khusus masing-masing.
"Penumpang yang dinilai secara perubatan mengalami kecederaan serius, memerlukan rawatan perubatan jangka panjang dan memohon bantuan kewangan ditawarkan bayaran pendahuluan sebanyak AS$25,000 untuk menangani keperluan segera mereka.
"Ini akan menjadi sebahagian daripada pampasan terakhir yang akan diterima oleh penumpang ini," kata SIA.
"Semua penumpang juga diberikan S$1,000 (S$1=RM3.48) setiap seorang untuk menampung perbelanjaan segera mereka selepas berlepas dari Bangkok, di mana penerbangan itu dilencongkan susulan insiden tersebut.
Syarikat penerbangan itu berkata ia juga telah menanggung kos perubatan penumpang yang cedera dan mengatur penerbangan untuk ahli keluarga serta orang tersayang mereka ke Bangkok jika diminta.
SIA berkata pihaknya telah menghantar tawaran pampasan kepada penumpang pada 10 Jun melalui e-mel, bersama-sama dengan maklumat mengenai cara mereka boleh meneruskan tuntutan mereka.
"Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan lanjut, penumpang boleh menghubungi kami menggunakan butiran yang diberikan, dan kami akan menangani perkara ini dengan segera," tambahnya, sambil menegaskan bahawa syarikat penerbangan itu tetap komited untuk menyokong penumpang yang terjejas.
SQ321 sedang dalam perjalanan ke Singapura dari London pada 20 Mei apabila ia mengalami gelora udara ekstrem, menyebabkan pesawat itu membuat lencongan kecemasan ke Bangkok, Thailand.
Seorang penumpang meninggal dunia dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam insiden berkenaan.-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 11 2024

Pesawat Singapore Airlines SQ321 berada di landasan Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok selepas melakukan pendaratan cemas. -Gambar fail/REUTERS

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

SQ321: Bayaran balik penuh untuk semua penumpang, pampasan minimum AS$10,000
Semua penumpang juga akan menerima pampasan kelewatan mengikut peraturan Kesatuan Eropah atau United Kingdom yang berkaitan.

SQ321: Perubahan pantas daya graviti mungkin sebabkan kecederaan penumpang - Laporan awal
Siasatan awal ke atas insiden gelora udara baru-baru ini melibatkan penerbangan Singapore Airlines SQ321 mendapati perubahan pantas dalam daya graviti (G) yang menyebabkan penurunan altitud.

Insiden SIA: Lapan daripada 16 rakyat Malaysia sudah pulang ke tanah air
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin mengesahkan lapan daripada 16 penumpang rakyat Malaysia yang menaiki penerbangan SQ321 Singapore Airlines (SIA) sudah kembali ke tanah air, setakat hari ini.

48 penumpang, anak kapal SQ321 masih dirawat di hospital di Bangkok
Setakat tengah hari Jumaat, masih terdapat 34 pesakit yang dirawat di Srinakarin, 12 di Sukhumvit dan dua di Hospital Bangkok.

Singapore Airlines tidak akan saji makanan semasa tali pinggang keselamatan dihidupkan
Susulan tragedi yang dihadapi pesawat SQ321 baru-baru ini, SIA "lebih berhati-hati" uruskan gelora udara.

SQ321: Semua warga Malaysia termasuk anak kapal dalam keadaan stabil
Kesemua 10 rakyat Malaysia, termasuk seorang anak kapal dari penerbangan Singapore Airlines (SIA) SQ321, berada dalam keadaan stabil.

"Bila kapal mendarat saya muntah tanpa henti, tak boleh bangun" - Penumpang SQ321
"Saya takut untuk naik kapal terbang sebelum ini, kini saya berasa lebih takut."

Lelaki Britain, 73 tahun individu yang maut dalam insiden gelora udara pesawat SIA
Insiden melibatkan pesawat dengan nombor pendaftaran SQ321 itu turut mengakibatkan tujuh penumpang lain berada dalam status kritikal akibat kecederaan yang dialami.