JAKARTA :Pegawai penyiasat sedang meneliti kemungkinan nahas Sriwijaya Airlines SJ182 Sabtu lalu disebabkan pesawat yang terlalu lama tidak beroperasi susulan pandemik COVID-19.
Pesawat Boeing 737-500 yang berusia 27 tahun itu dipercayai berada di lapangan terbang kira-kira sembilan bulan.
Ia berikutan jadual operasi penerbangan terpaksa dikurangkan susulan COVID-19.
Ramai pakar kini memberi pelbagai hujah mengenai nahas berkenaan dengan kebanyakannya mengaitkan punca kejadian ada kaitan dengan masalah teknikal susulan pesawat sudah lama tidak beroperasi.
Bagaimanapun, ketika ini tiada kenyataan rasmi mengenai punca nahas dikeluarkan pasukan siasatan yang ditubuhkan.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Nahas pesawat Sriwijaya Air Indonesia
Dalam pada itu, pasukan penyelam Indonesia percaya mereka hampir menemui rakaman suara kokpit pesawat Sriwijaya Air yang terhempas ke laut bersama 62 orang penumpangnya baru-baru ini.
Pesawat Sriwijaya Air yang membawa 62 penumpang dan kru terhempas empat minit selepas berlepas dan dilaporkan terputus hubungan, menyebabkan kesemua mangsa terkorban.
Astro Awani
Thu Jan 14 2021

Pegawai penyiasat sedang meneliti kemungkinan nahas Sriwijaya Airlines Sabtu lalu disebabkan pesawat yang terlalu lama tidak beroperasi susulan pandemik COVID-19. - Gambar fail

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Sriwijaya Air: Pesawat lama terkandas punca nahas?
Pegawai penyiasat sedang menyiasat kemungkinan punca nahas pesawat Sriwijaya Airlines Sabtu lalu disebabkan pesawat yang tidak beroperasi terlalu lama susulan pandemik COVID-19.