BARCELONA : Kementerian Komunikasi telah menyuarakan cadangan kepada perkhidmatan internet satelit oleh SpaceX, Starlink supaya membuka pejabatnya di Malaysia bagi memudahkan urusan pihak yang ingin mendapatkan perkhidmatan mereka di dalam negara.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata perkara itu disampaikan dalam pertemuan dengan Pengarah Perlesenan Global dan Pengaktifan Pasaran Starlink Rebecca Hunter di Pavilion Malaysia pada Mobile World Congress Barcelona 2024 (MWC2024).
"Ada juga aspek lebih menarik yang sekarang ini mula dibincangkan dalam banyak lawatan saya ke reruai di sini... ramai yang bercakap tentang direct-to-cell, dari satelit ke telefon bimbit.
"Jadi ini antara beberapa perkara kita bincang juga dengan Starlink, adakah Starlink sedia berbincang dengan syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan direct-to-cell," katanya kepada Bernama dan RTM, di sini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui sebelum berlepas ke Oslo, Norway,bagi mengetuai delegasi Malaysia menghadiri sesi "Next Generation Communications Roundtable' anjuran syarikat telekomunikasi Norway, Telenor.
MWC2024 yang bermula Isnin lepas menyaksikan 24 MoU ditandatangani melibatkan syarikat telekomunikasi dan agensi Malaysia, selain Malaysia dianugerahkan Skor Ketekalan 5G Global Terbaik oleh Ookla, peneraju global dalam pemantauan rangkaian dan cerapan kesalinghubungan.
Ia merupakan perhimpunan tahunan terbesar industri telekomunikasi anjuran badan antarabangsa Groupe Speciale Mobile Association (GSMA), dengan Barcelona dipilih sebagai tuan rumah penganjuran kongres yang mengumpulkan lebih 100,000 pemain industri telekomunikasi.
Selain itu, Fahmi berkata beliau turut mencadangkan supaya produk Starlink yang mula dibuka untuk pembelian di pasaran Malaysia sejak Julai tahun lepas diperbanyakkan dalam negara.
"Kita juga lihat ada keperluan untuk teliti penggunaan Starlink yang bersifat boleh bergerak, atau mobile, sekarang ini unit-unit Starlink (yang dijual) perlu diletakkan sama ada di bumbung rumah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2024

Fahmi turut mencadangkan supaya produk Starlink yang mula dibuka untuk pembelian di pasaran Malaysia sejak Julai tahun lepas diperbanyakkan dalam negara. - Gambar Bernama
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

52 menara telekomunikasi JENDELA beroperasi di Johor - Teo
Daripada jumlah itu terdapat empat tapak menara telekomunikasi di negeri ini belum mendapat kelulusan Jabatan Perhutanan memandangkan projek berkenaan akan dibangunkan di kawasan hutan.

SpaceX kawal 62% satelit aktif di angkasa
Perkhidmatan internet Starlink ditawarkan di lebih 100 negara, termasuk Malaysia. Bergerak ke hadapan, lebih banyak satelit Starlink dijangka dilepaskan ke angkasa.

Rekaan Starlink Mini tertiris dengan antena lebih kecil
Rekaan Starlink Mini telah tertiris dengan antena hgan.

Pentagon halang Rusia guna kelengkapan Starlink di medan perang
Kit Starlink masih boleh dibeli di Rusia walaupun ia tidak dijual secara rasmi. Akaun didaftarkan di bawah nama pengguna warga Eropah untuk mengelakkan ia dikesan.

Taiwan akan bina rangkaian internet satelit sendiri
Perkhidmatan seperti Starlink wujud, tetapi Taiwan risau ia boleh tergendala bila-bila masa mengikut kehendak SpaceX.

Starlink dicadang untuk buka pejabat di Malaysia - Fahmi
Kementerian Komunikasi telah menyuarakan cadangan kepada Starlink supaya membuka pejabatnya di Malaysia bagi memudahkan urusan pihak yang ingin mendapatkan perkhidmatan mereka di dalam negara.

Starlink bakal nyahorbit 100 satelit bermasalah
Kesemua 100 satelit ini masih lagi berfungsi tetapi isu yang dikesan membuatkan ia boleh berhenti beroperasi pada bila-bila masa.

Measat kini pengedar rasmi Starlink di Malaysia
Measat kini mengumumkan mereka telah secara rasminya dilantik menjadi pengedar rasmi Starlink di Malaysia.

Starlink lancar satelit sokong rangkaian selular
Teknologi ini turut membolehkan rangkaian selular satelit dinikmati ketika berada di tengah-tengah laut.

Starlink beri manfaat internet kepada 500 penduduk Kampung Langsat - Fahmi
Pemasangan peranti Starlink di Kampung Langsat Ranau mampu memberi manfaat kepada 500 penduduk dengan memberikan akses kepada internet.