Sebuah stesen angkasa tanpa pengendali milik China dengan berat mencecah tujuh tan (7,000kg) diramal bakal berkecai dan terbakar sepenuhnya sewaktu memasuki atmosfera Bumi pada 1 April nanti, menurut Agensi Angkasa Eropah dalam satu kenyataan hari ini.
“Stesen angkasa itu akan terbakar ekoran tahap panas yang terhasil dari kelajuannya memasuki atmosfera Bumi,” menurut kenyataan itu.
Sebahagian serpihan dari stesen Tiangong-1 itu akan bertaburan di lautan dan sebahagian lagi di atas daratan.
BACA: Asteroid gergasi diramal menghentam bumi pada 2135
BACA: Asteroid sebesar bangunan Burj Khalifah sedang bergerak menghampiri Bumi
Namun kemungkinan serpihan terkena manusia, adalah sangat tipis, menurut Stijn Lemmens, seorang pakar serpihan yang berpangkalan di Darmstadt, Jerman.
“Dalam sejarah 60 tahun penerbangan angkasa, kita mengesan lebih 6,000 serpihan objek yang kembali jatuh ke bumi, kebanyakkannya satelit dan bahagian hadapan roket,” katanya.
Lebih 90 peratus serbihan itu adalah dengan berat lebih 100kg atau lebih.
“Hanya satu kejadian membabitkan seorang terkena serpihan kecil, namun ia tidak mencederakan,”
Kata Lemmens, kemungkinan untuk, seseorang terkena sepihan kapal angkasa adalah 1 dalam 1.2 trilion, sepuluh juta kali lebih kurang dari risiko terkena petir.
Program Angkasa China, Tiangong-1 dilancarkan ke orbit pada September 2011, bagi menguji teknologi untuk mengorbit Bumi.
Media China, turut meramal makmal angkasa itu dijangka terbakar sepenuhnya apabila menghampiri bumi.
Stesen itu menghentikan operasinya pada 2016.
Agensi
Wed Mar 28 2018

Stesen angkasa itu akan terbakar ekoran tahap panas yang terhasil dari kelajuannya memasuki atmosfera bumi.-
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Satu pertiga Pakistan kini ditenggelami air
Pakistan mengalami kesan perubahan iklim yang melampau, walaupun hanya menyumbang kira-kira 1 peratus pelepasan gas rumah hijau global.

Asteroid sebesar Arc de Triomphe diramal menghentam bumi September ini
Kemungkinan planet ini berlanggar dengan asteroid sebesar Arc de Triomphe di Paris pada tahun ini ialah 0.01 peratus.

Tiangong-1 telah jatuh ke bumi - ANGKASA
Dr Noordin Ahmad berkata keseluruhan komponen dan struktur binaannya telah hancur dan hangus terbakar ketika memasuki atmosfera Bumi.

Stesen angkasa China dengan berat 7,000kg memasuki bumi pada 1 April - Agensi
Sebahagian serpihan dari stesen Tiangong-1 itu akan bertaburan di atas lautan dan sebahagian lagi di atas darat.