SEORANG lelaki dan saudaranya ditahan kerana disyaki menjual buah pinggang kanan isterinya ekoran kegagalan keluarga wanita itu membayar mas kahwin berjumlah Rs 2 Lakh (RM12,000).
Pengadu yang juga isteri kepada lelaki itu, Rita Sarkar, 28 tahun dikatakan sering disiksa akibat mas kahwin selain suaminya dikatakan mengambil kesempatan atas masalah apendiks untuk mencuri buah pinggang miliknya.
"Sekitar dua tahun lalu, saya mula mengalami masalah sakit perut. Suami membawa saya ke hospital swasta di Kolkata yang mana dia dan beberapa pegawai perubatan memberitahu saya akan kembali sihat selepas membuang apendiks menerusi pembedahan," katanya.
Namun, keadaan bertambah teruk apabila kesakitan Rita berterusan dan suaminya juga melarang wanita itu mendedahkan kepada sesiapa mengenai pembedahan di Kalkota.
"Saya juga merayu supaya membawa saya bertemu doktor bagi merawat kesakitan ini tetapi suami saya mengendahkannya," katanya.
Bagaimanapun Rita dibawa ke Pusat Perubatan Bengal Utara oleh keluarganya kira-kira tiga bulan lalu dan terkejut apabila doktor memaklumkan buah pinggang sebelah kanannya telah 'hilang'.
"Kini saya sedar kenapa suami melarang saya memberitahu mengenai pembedahan di Kalkota itu dan dia (suami) menjual buah pinggang saya kerana keluarga saya tidak dapat memenuhi bayaran mas kahwin," katanya.
Rita kemudian membuat laporan polis di Balai polis Farakka di utara Bengal, suami yang merupakan seorang peniaga kain dari Lalgola.
Ekoran itu, suaminya, Biswajit Sarkar dan saudara lelakinya, Shyamal ditahan polis pada Isnin, kata Inspektor Udayshankar Roy.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 19 dan Seksyen 21 Akta Pemerdagangan Organ Manusia dan cubaan membunuh.
Hasil soal siasat mendapati, suami mangsa mengaku menjual buah pinggang wanita itu kepada ahli perniagaan di Chhattisgarh.
Agensi
Fri Feb 09 2018

Suaminya juga melarang wanita itu mendedahkan kepada sesiapa mengenai pembedahan di Kalkota.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India.

7 maut, beberapa lagi cedera letupan di premis mercun haram di Bengal Barat
Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala beberapa lagi cedera dalam letupan berkembar di sebuah unit pembuatan mercun haram di negeri Bengal Barat di timur India pada Ahad.

Tujuh maut akibat di panah petir di Bengal Barat, India
Tujuh orang, termasuk tiga kanak-kanak maut akibat di panah petir dalam dua kejadian di Bengal Barat di timur India.

Keji! Nenek 100 tahun pun dirogolnya
Kejadian itu terbongkar selepas cucu mangsa mendengar suara aneh muncul dari kediaman warga emas berkenaan.

Suami dan saudara lelaki jual buah pinggang isteri ditahan
Seorang lelaki dan saudaranya ditahan kerana disyaki menjual buah pinggang kanan isterinya ekoran kegagalan keluarga wanita itu membayar mas kahwin berjumlah Rs 2 Lakh (RM12,000).