WASHINGTON:Seorang lelaki maut dan isterinya cedera parah selepas diserang anjing peliharaan mereka sendiri di sebuah rumah di Moses Lake, Washington, Amerika Syarikat (AS).
Anjing itu dikenal pasti daripada baka pitbull, kata Kyle Foreman dari Pejabat Sheriff Grant County seperti dilaporkan KomoNews.com.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11.20 pagi ketika seorang jiran menghubungi pasukan keselamatan bagi melaporkan serangan anjing di rumah tersebut.
Wakil dan pegawai perubatan bergegas ke tempat kejadian dan mendapati lelaki dan wanita itu mengalami kecederaan parah akibat diserang.
Kedua-dua mereka dibawa ke hospital namun mangsa lelaki Zachary S Willis, 27, disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Walau bagaimanapun isteri Zachary selamat tetapi masih dirawat di hospital.
Anjing pitbull yang turut cedera dalam serangan itu dibawa ke klinik veterinar untuk dirawat.
Punca kejadian masih dalam siasatan.
Agensi
Sat Oct 10 2020

Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera parah selepas diserang anjing peliharaan di sebuah rumah di Moses Lake, Washington. -Gambar hiasan
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Pitbull setuju berduet bersama AC Mizal tetapi bersyarat
Penyanyi dan pengacara Dato AC Mizal teruja apabila impiannya untuk berduet dengan Pitbull bakal menjadi kenyataan.