BANGKOK: Amerika Syarikat (AS) menyumbang US$55 juta kepada Thailand, dengan US$50 kebanyakannya diperuntukkan untuk bantuan kemanusiaan kepada lebih 700,000 pelarian dan mereka yang hilang tempat tinggal dari Myanmar.
Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Linda Thomas-Greenfield mengumumkan bantuan kerajaan AS akan disalurkan terus menerusi rakan kongsi pertubuhan antarabangsa serta badan bukan kerajaan.
Sumbangan itu bertujuan memberikan bantuan makanan kecemasan, tempat perlindungan, penjagaan kesihatan, air, sanitasi serta perkhidmatan kebersihan lain kepada mereka yang terjejas dari Myanmar.
Selain itu, katanya, AS memperuntukkan US$5 juta untuk bantuan COVID-19 kepada Thailand bagi menyediakan sokongan kepada petugas penjagaan kesihatan menguruskan vaksin serta mengukuhkan kemampuan sistem kesihatan negara itu bagi mencegah, mengesan dan melakukan tindak balas terhadap ancaman wabak itu.
"Kami tahu Thailand terpaksa menggalas beban tambahan, termasuk terpaksa menyediakan bantuan kemanusiaan akibat daripada krisis di Burma.
"Jadi hari ini, saya mengumumkan kerajaan AS menyediakan bantuan US$55 juta, majoritinya adalah untuk usaha bantuan kemanusiaan. Kami juga menyediakan bantuan bagi menyokong pasukan tindak balas wabak bagi meringankan bebanan sistem kesihatan Thailand.
"Sumber ini akan dapat membantu memastikan Thailand, NGO serta pertubuhan antarabangsa berdepan dengan krisis COVID-19 serta memenuhi keperluan penduduk terutma di kawasan sempadan negara berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Vaksinasi Hospital Med Park, di Bangkok, pada Selasa. Pusat berkenaan menguruskan proses pemberian 1.5 juta vaksin Pfizer yang disumbangkan AS.
"Kami juga ingin mengumumkan bahawa tidak lama lagi kami akan menyumbang satu juta dos lagi," katanya.
Sejak 24 jam lalu, Thailand merekodkan 19,843 kes COVID-19 baharu dengan rekod kematian tertinggi seramai 235 orang, menjadikan angka keseluruhan mereka yang dijangkiti wabak berkenaan di negara ini seramai 795,951 dengan 6,588 kematian.
Menurut Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) sebanyak 19,843 kes baharu, 21 daripadanya adalah kes import termasuk tiga kes membabitkan mereka yang merentas sempadan dari Malaysia.
Bangkok terus menjadi pusat penularan wabak dengan 4,226 kes serta 111 kematian.
Daripada keseluruhan jumlah kematian yang direkodkan, 122 adalah lelaki dan 113 wanita berusia antara 20 hingga 100 tahun, termasuk dua warga asing.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 10 2021

Penduduk tempatan berbaris dengan tangki mereka untuk mengisi semula oksigen, ketika wabak COVID-19 sedang menular di Yangon, Myanmar, 14 Julai, 2021. - Gambar fail REUTERS

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.

Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.

Piala ASEAN: Vietnam selangkah rampas semula kejuaraan tundukkan Thailand 2-1
Bintang Vietnam Rafaelson Fernandes sekali lagi muncul wira tuan rumah apabila meledak jaringan berganda masing-masing pada babak kedua perlawanan.

Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.

23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.

ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.

Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.

Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.