MIAMI: Salah seorang daripada suspek utama dalam kes pembunuhan Presiden Haiti, Jovenel Moise, dalam serangan ganas pada 7 Julai 2021 di Port-au-Prince, telah ditahan pada hari Khamis di Haiti, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Jurucakap Polis Garry Desrosiers mengesahkan kepada Miami Herald bahawa Joseph Felix Badio, bekas pegawai antirasuah yang dipecat daripada tugasnya dua bulan sebelum pembunuhan itu ditahan ketika sedang membeli-belah di sebuah pasar raya di Petionvill
Badio adalah antara beberapa suspek berprofil tinggi yang diburu lebih dua tahun selepas pembunuhan itu. Penahanannya dipercayai dapat membantu penyiasat di Haiti dan di Amerika Syarikat (AS) mengenal pasti motif pembunuhan Moise.
Tahun lepas, Badio menyiarkan rakaman audio dalam bahasa Creole menafikan penglibatannya dalam plot pembunuhan itu, selain menulis surat kepada Kedutaan AS di Port-au-Prince, bersama dokumen mengenai rakyat Haiti-Amerika dan komando Colombia yang didakwanya terlibat dalam kes itu.
Walaupun lebih 40 orang telah ditahan di Haiti, termasuk anggota pengawal presiden dan sekumpulan askar upahan Colombia, belum ada yang didakwa secara rasmi, manakala di AS, 11 orang didakwa dalam kes yang diketuai FBI sama ada bersubahat atau terlibat dalam pembunuhan Moise.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 20 2023
Penahanan suspek terbabit dipercayai dapat membantu penyiasat di Haiti dan di AS mengenal pasti motif pembunuhan Moise (gambar). - Gambar fail/ AP
Tulang ditemui di Pantai Batu Buruk 2 bukan tulang manusia
Pengesahan itu hasil pemeriksaan dan bedah siasat oleh pakar forensik Unit Patalogi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Banjir: Ratusan penumpang bas Indonesia dipindahkan melalui sempadan Malaysia
Ratusan penumpang bas dan pengguna kenderaan peribadi daripada Pontianak, Kalimantan Barat dipindahkan ke Entikong dengan melalui sempadan Malaysia susulan banjir yang melanda wilayah berkenaan.
Empat individu ditahan terlibat 11 kes ragut di Selangor
Polis Daerah Serdang berjaya menyelesaikan 11 kes jenayah samun dan ragut yang berlaku di sekitar Serdang, Petaling Jaya dan Subang Jaya selepas penahanan empat suspek dalam operasi khas baru-baru ini.
Pakai ala pasukan beruniform, polis panggil 40 individu
Polis telah mengambil keterangan 40 individu berhubung kehadiran mereka dalam sebuah majlis dengan memakai pakaian rasmi menyerupai pakaian istiadat pasukan beruniform, bulan lalu.
Sindiket warga asing curi telefon tumpas
Polis Selangor berjaya menahan empat individu warga asing yang disyaki terlibat dalam kes kecurian telefon bimbit melibatkan lapan kes di enam daerah sekitar Lembah Klang.
Tukang rumah ugut Harith Iskander dan keluarga dipenjara lima bulan
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM2,000 ke atas seorang tukang rumah selepas dia mengaku bersalah mengugut dan menakutkan bekas isteri pelawak dan pelakon, Harith Iskander, minggu lalu.//
Majistret S. Mageswary turut memerintahkan Izzudin Md Salim yang berusia 31 tahun menjalani hukuman penjara tambahan sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Majistret S. Mageswary turut memerintahkan Izzudin Md Salim yang berusia 31 tahun menjalani hukuman penjara tambahan sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.
KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran mahkamah untuk memulakan prosiding komital terhadap blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris.
Malaysia terus amal dasar berbaik dengan semua negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia akan terus mengamalkan dasar berbaik dengan semua negara termasuk negara-negara besar seperti China dan Amerika Syarikat.
Nahas udara Washington DC: Kedua-dua kotak hitam CVR, FDR American Airlines ditemukan
Punca nahas yang mengorbankan 67 nyawa itu, sama ada faktor manusia atau mekanikal, masih belum jelas, kata pegawai NTSB.
Kerajaan lulus RM60 juta untuk pelebaran LTSAS - Nga
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk tujuan projek pelebaran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh.
Suspek utama pembunuhan Presiden Haiti ditahan
Salah seorang daripada suspek utama dalam kes pembunuhan Presiden Haiti, Jovenel Moise, dalam serangan ganas pada 7 Julai 2021 di Port-au-Prince, telah ditahan pada hari Khamis di Haiti.