NARATHIWAT: Syabu dan yaba merupakan antara dua jenis dadah yang paling banyak diseludup masuk ke Malaysia.
Itu pendedahan yang dibuat oleh Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Anuruth Imarb semasa sidang akhbar di pejabatnya pada Sabtu.
Anuruth berkata, kesemua dadah itu dipercayai dibawa masuk menggunakan pangkalan haram di sempadan Thailand-Malaysia di sepanjang Sungai Golok.
"Kerajaan Thailand amat bimbang dengan situasi tersebut kerana Narathiwat merupakan wilayah dan lokasi yang mudah untuk pengedaran dadah khususnya ke Malaysia kerana bersempadan dengan Kelantan.
"Kesemua dadah berkenaan dibawa masuk dari kawasan utara Thailand iaitu di Segi Tiga Emas melalui sindiket-sindiket dadah sebelum tiba di sempadan wilayah selatan di sini," ujarnya.
Menurut beliau, kejayaan terbesar yang telah direkodkan pihaknya setakat ini ialah pada 2 Julai dan 10 Ogos lalu melibatkan dadah seberat 2,000 kilogram (kg) di Sungai Golok.
Tambahnya, rampasan itu melibatkan nilai berjumlah RM20 juta.
Anuruth memberitahu, siasatan yang dilakukan mendapati kebanyakan pengedar bermula sebagai penagih.
"Kita juga mendapati suspek yang ditahan akan memberitahu bahawa ketua terbesar mereka berasal dari Songkhla.
"Polis Wilayah Narathiwat sentiasa mengatur pelbagai langkah untuk mencegah, menyekat dan menyelesaikan masalah dadah," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 07 2023
![Syabu, yaba banyak diseludup ke Malaysia - Polis Thailand Syabu, yaba banyak diseludup ke Malaysia - Polis Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683428916_dadah.jpg)
Anuruth semasa sidang akhbar di pejabatnya di Narathiwat, Thailand. -Foto Sinar Harian
![Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739347822_tbNajibTunRazak.jpg)
Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
![Malaysia tidak terkesan peraturan baharu Arab Saudi larang kanak-kanak sertai haji - Mohd Na'im Malaysia tidak terkesan peraturan baharu Arab Saudi larang kanak-kanak sertai haji - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738915792_MohdNaimMokhtar.jpg)
Malaysia tidak terkesan peraturan baharu Arab Saudi larang kanak-kanak sertai haji - Mohd Na'im
Malaysia tidak terkesan dengan peraturan baharu oleh kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan kanak-kanak menyertai musim haji tahun ini.
AWANI Ringkas: Tuduhan ahli kumpulan jenayah terancang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Menteri Luar ASEAN tegaskan sokongan terhadap hak Palestin, seru penyelesaian damai Menteri Luar ASEAN tegaskan sokongan terhadap hak Palestin, seru penyelesaian damai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739347375_Palestinians.jpg)
Menteri Luar ASEAN tegaskan sokongan terhadap hak Palestin, seru penyelesaian damai
Menteri-menteri Luar ASEAN menegaskan sokongan berterusan terhadap hak rakyat Palestin yang tidak boleh dinafikan, termasuk hak menentukan nasib sendiri serta tanah air mereka.
![Anwar terima panggilan telefon daripada PM Qatar mengenai situasi terkini Gaza Anwar terima panggilan telefon daripada PM Qatar mengenai situasi terkini Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739340506_tbanwaribrahimMe.jpg)
Anwar terima panggilan telefon daripada PM Qatar mengenai situasi terkini Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatannya dari Qatar Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani, mengenai situasi terkini di Gaza.
![Presiden Turkiye Erdogan disambut dengan istiadat rasmi oleh Presiden Indonesia Presiden Turkiye Erdogan disambut dengan istiadat rasmi oleh Presiden Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739346401_tbTayyipErdoganPr.jpg)
Presiden Turkiye Erdogan disambut dengan istiadat rasmi oleh Presiden Indonesia
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan disambut dengan istiadat rasmi oleh Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Bogor pada Rabu sempena lawatan rasminya ke negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
![Sapura, Aselsan jalin kerjasama strategik majukan teknologi komunikasi dan C2 Malaysia Sapura, Aselsan jalin kerjasama strategik majukan teknologi komunikasi dan C2 Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739345572_TBSAPURA.jpg)
Sapura, Aselsan jalin kerjasama strategik majukan teknologi komunikasi dan C2 Malaysia
Sapura dan Aselsan telah mewujudkan kerjasama strategik untuk memajukan keupayaan teknologi komunikasi dan kawalan & arahan (C2) Malaysia di bawah program dua hala Malaysia-Turkiye.
“Kalau masuk rumah orang bagi salam bah” - YB Kota Belud
Ahli Parlimen Kota Belud luahkan rasa kecewa apabila kedatangan Pengerusi LKIM ke Kota Belud untuk memberi bantuan dan melawat tapak projek tanpa pengetahuan beliau sebagai wakil rakyat di Kota Belud.
“Tapi saya tahu melalui media sosial beliau sahaja”
“Kalau begini cara kita bekerja, kita tidak akan kemana-mana. Tolong jangan jadikan PRN sebagai alasan”Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Tapi saya tahu melalui media sosial beliau sahaja”
“Kalau begini cara kita bekerja, kita tidak akan kemana-mana. Tolong jangan jadikan PRN sebagai alasan”Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
AWANI Ringkas: Tiada lagi monopoli Puspakom
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jepun mohon pengecualian tarif keluli dan aluminium AS
Jepun mengemukakan permohonan pengecualian daripada tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas produk keluli dan aluminiumnya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump
![Syabu, yaba banyak diseludup ke Malaysia - Polis Thailand Syabu, yaba banyak diseludup ke Malaysia - Polis Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683428916_dadah.jpg)
Syabu, yaba banyak diseludup ke Malaysia - Polis Thailand
Anuruth berkata, kesemua dadah itu dipercayai dibawa masuk menggunakan pangkalan haram di sempadan Thailand-Malaysia di sepanjang Sungai Golok.