GENEVA: Syarikat penjagaan kesihatan multinasional Switzerland, Roche telah membangunkan tiga kit ujian untuk mengesan virus cacar monyet.
Dalam satu kenyataan, yang dipetik Xinhua, Roche memaklumkan syarikat itu dan anak syarikatnya, TIB Molbiol telah membangunkan tiga kit ujian LightMix Modular Virus.
Kit LightMix Modular Virus yang pertama mampu mengesan orthopoxvirus, termasuk semua virus cacar monyet dari kedua-dua virus di barat Afrika dan tengah Afrika.
Sementara kit kedua pula khusus untuk mengesan virus cacar monyet sahaja.
Kit ketiga dikatakan berupaya mengesan orthopoxviruses serta memberikan maklumat sama ada virus cacar monyet ada atau tidak secara serentak.
Cacar monyet, pertama kali dikesan ke atas monyet makmal pada 1958, ia diandaikan menular daripada haiwan liar seperti tikus kepada manusia, atau daripada manusia kepada manusia.
Data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan sehingga Isnin, 19 negara telah melaporkan 131 kes cacar monyet yang disahkan manakala 106 kes disyaki, hampir tiga perempat daripadanya adalah dari Sepanyol, Portugal dan Britain.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 26 2022

Kit LightMix Modular Virus yang pertama mampu mengesan orthopoxvirus, termasuk semua virus cacar monyet dari kedua-dua virus di barat Afrika dan tengah Afrika.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Satu lagi kes mpox dikesan di Malaysia - KKM
KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia menjadikan jumlah kes mpox di Malaysia meningkat kepada dua kes tahun ini, menjadikan keseluruhan 11 kes sejak 26 Julai 2023.

Tiada kes baharu mpox dikesan di Malaysia - KKM
Beliau berkata keputusan itu dicapai selepas Kementerian Kesihatan (KKM) menyaring 22.8 juta pelancong di pintu masuk negara.

Afrika hadapi wabak mpox yang kritikal, kes melebihi 50,000
Sebanyak 19 negara Afrika melaporkan 50,840 kes mpox, dengan 10,741 kes disahkan dan 1,083 kematian sejak awal tahun ini.

Kes mpox meningkat di beberapa negara Afrika - WHO
Kes mpox, yang dahulunya dikenali sebagai cacar monyet, terus meningkat di beberapa negara Afrika dan penyakit itu mula merebak ke kawasan baharu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Mpox: Rakyat Kelantan pulang dari negara berisiko diminta maklum JKNK
Rakyat Kelantan yang pulang dari negara berisiko termasuk Afrika seperti Republik Demokratik Congo diminta memaklumkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

Korban mpox di DR Congo lebih 610 orang
Kes yang disyaki dilaporkan di wilayah terjejas oleh konflik, yang menempatkan sebahagian besar daripada 7.3 juta penduduk yang kehilangan tempat tinggal di negara itu.

Kerajaan telah aktifkan bilik gerakan mpox - Dzulkefly
Kerajaan telah mengaktifkan bilik gerakan khusus untuk wabak cacar monyet atau mpox di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Wabak mpox: Lindungi golongan rentan, individu imuniti rendah - Pakar kesihatan
Kumpulan yang memiliki imuniti rendah antaranya adalah pesakit kanser, wanita hamil, warga tua serta kanak-kanak.

Mpox: Rujuk dahulu info rasmi KKM untuk sahkan berita tular - Fahmi
Orang ramai diminta merujuk kenyataan rasmi kementerian atau agensi berkaitan untuk mengesahkan sebarang berita tular, termasuk mengenai kes jangkitan cacar monyet atau mpox.