SEORANG penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare, Chicago pada 5 Mei lalu seolah-olah tidak mampu bersabar untuk keluar dari pesawat yang dinaikinya.
Sebelum sempat pesawat itu tiba di pintu yang dikhususkan, dia bertindak nekad membuka pintu kecemasan dan berjalan di atas sayap kapal terbang itu untuk segera turun, kata Polis Chicago.
Media tempatan melaporkan, polis memberitahu, penumpang lelaki itu telah membuka pintu kecemasan pesawat United Airlines, dan selamba berjalan di atas sayap pesawat berkenaan yang sedang bergerak perlahan, sebelum menggelongsor dan melompat ke atas landasan.
Penumpang lain yang berada dalam pesawat berkenaan berasa sedikit cemas dan tidak mampu berbuat apa-apa, sementara seorang penumpang lain sempat mengambil gambar pintu kecemasan yang telah terbuka itu.
Insiden berkenaan dilaporkan berlaku sekitar jam 4.30 pagi waktu tempatan.
Dalam satu kenyataan yang dilaporkan saluran berita ABC 7 Chicago, pihak United Airlines berkata, kru di landasan telah menahan penumpang itu sebelum pihak berkuasa tiba dan membawanya untuk siasatan lanjut.
"Pesawat itu kemudiannya tiba di pintu yang dijadualkan dan semua penumpang telah keluar dengan selamat. Keselamatan pelanggan dan kru kami adalah keutamaan kami," kata syarikat penerbangan itu.
Menurut Jabatan Penerbangan Chicago, tiada laporan tentang kecederaan. Identiti lelaki berkenaan juga tidak didedahkan buat masa ini.
Agensi
Sat May 07 2022
![Tak sabar mendarat, penumpang nekad buka pintu pesawat dan berjalan atas sayap Tak sabar mendarat, penumpang nekad buka pintu pesawat dan berjalan atas sayap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51651904017_penumpangchicago.jpg)
Keadaan pintu pesawat United Airlines yang terbuka akibat perbuatan lelaki berkenaan sempat dirakam salah seorang penumpang lain. - Twitter @MEEagelston
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
![48 penumpang, anak kapal SQ321 masih dirawat di hospital di Bangkok 48 penumpang, anak kapal SQ321 masih dirawat di hospital di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716548640_TBSQ.jpg)
48 penumpang, anak kapal SQ321 masih dirawat di hospital di Bangkok
Setakat tengah hari Jumaat, masih terdapat 34 pesakit yang dirawat di Srinakarin, 12 di Sukhumvit dan dua di Hospital Bangkok.
![Tak sabar mendarat, penumpang nekad buka pintu pesawat dan berjalan atas sayap Tak sabar mendarat, penumpang nekad buka pintu pesawat dan berjalan atas sayap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51651904017_penumpangchicago.jpg)
Tak sabar mendarat, penumpang nekad buka pintu pesawat dan berjalan atas sayap
Dia bertindak nekad membuka pintu kecemasan dan berjalan di atas sayap kapal terbang itu untuk segera turun.
![Mengenang 6 tahun misteri kehilangan pesawat MH370 Mengenang 6 tahun misteri kehilangan pesawat MH370](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/81451287495_950x600.jpg)
Mengenang 6 tahun misteri kehilangan pesawat MH370
Usaha mega digerakkan bagi mencari pesawat berkenaan, tetapi malangnya sehingga kini ia kekal misteri.
![Ketua Pegawai Operasi MAHB puas hati dengan operasi di Terminal 1 KKIA Ketua Pegawai Operasi MAHB puas hati dengan operasi di Terminal 1 KKIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/71448968507_TerminalSatuLTAKK.jpg)
Ketua Pegawai Operasi MAHB puas hati dengan operasi di Terminal 1 KKIA
Tiada masalah atau kejadian tidak diingini dialami pada pemeriksaan keselamatan, kaunter daftar masuk, pintu berlepas atau balai ketibaan.