Pada hari yang sama, Trump dijadual bertemu dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, yang sekian lama mengkritik UNRWA, lapor Xinhua.
Semasa penggal pertama Trump pada Jun 2018, AS menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia PBB dengan alasan keanggotaan badan itu diberikan kepada negara yang tidak layak serta mempunyai tumpuan tidak seimbang dan permusuhan berterusan terhadap Israel.
Bagaimanapun, pada Februari 2021, Setiausaha Negara AS ketika itu, Antony Blinken mengumumkan bahawa pentadbiran Presiden Joe Biden akan kembali menyertai majlis berkenaan sebagai pemerhati.
Sejak 1950, UNRWA menyalurkan bantuan kepada pelarian Palestin di Jordan, Lubnan, Syria, Gaza dan Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur.
-- BERNAMA