MANILA: Angka kematian akibat banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh Taufan Doksuri meningkat kepada 25, dengan sekurang-kurangnya 20 lagi hilang, lapor Xinhua memetik agensi bencana nasional Filipina pada Isnin.
Banyak bahagian negara itu masih ditenggelami air ekoran hujan lebat walaupun selepas Doksuri meninggalkan Filipina minggu lepas.
Taufan Khanun, taufan keenam yang membadai Filipina tahun ini, terus meningkat pada Isnin, membawa hujan monsun barat daya di seluruh negara, termasuk Metro Manila.
Dalam laporan pada Isnin, Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) berkata Doksuri berakhir dengan mengorbankan 20 orang di utara Filipina, tiga di wilayah berhampiran Metro Manila dan dua lagi di tengah Filipina.
Agensi itu berkata 20 orang lagi hilang di utara Filipina.
Doksuri menjejaskan hampir 2.4 juta orang di negara Asia Tenggara itu, dengan lebih 50,000 orang yang hilang tempat tinggal masih berlindung di tempat perlindungan sementara.
Taufan itu turut merosakkan rumah, tanaman, jalan raya dan jambatan.
Filipina merupakan antara negara yang paling terdedah kepada bencana alam berikutan lokasinya di Lingkaran Api Pasifik dan jalur taufan Pasifik.
Secara puratanya negara kepulauan itu mengalami 20 taufan setahun.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023

Seorang wanita tidak dapat menahan kesedihan selepas ahli keluarganya maut susulan bot yang dinaiki mereka karam akibat dilanda Taufan Doksuri. - Foto REUTERS

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Taufan Doksuri tahap 12 diramal badai Vietnam
Ia dijangka membadai wilayah tengah Vietnam termasuk wilayah Nghe An, Ha Tinh, Quang Binh dan Quang Tri.