FUZHOU: Wilayah Fujian di China meningkatkan tahap respons kecemasan taufan kepada Tahap III, ketika Taufan Doksuri semakin menghampiri, lapor Xinhua.
Ibu pejabat kawalan banjir dan bantuan kemarau wilayah menaikkan tahap itu pada 6 petang Isnin.
Menurut pemantauan pusat meteorologi, Taufan Doksuri terbentuk di perairan timur Filipina pada Jumaat dan berkembang menjadi taufan kuat pada 8 pagi Isnin.
Jabatan Meteorologi meramalkan Doksuri akan bergerak ke barat laut pada kelajuan 10 hingga 15 kilometer sejam dan dijangka mendarat di antara pantai selatan dan tengah Wilayah Fujian serta pantai timur Wilayah Guangdong pada pagi Jumaat.
Doksuri dijangka membawa angin kencang dan hujan yang berterusan di Fujian dan Guangdong.
Pihak berkuasa di seluruh Fujian memantau rapat situasi itu dan telah mengambil beberapa langkah berjaga-jaga.
Bot nelayan diminta kembali ke pelabuhan dan persiapan telah dibuat untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti aliran air deras dari kawasan pergunungan, banjir dan tanah runtuh.
Sementara itu, Wilayah Guangdong diletakkan di bawah Tahap IV pada pukul 10 malam Isnin.
China mempunyai sistem respons kecemasan kawalan banjir empat tahap dengan Tahap I merupakan tahap yang paling serius.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2023

Doksuri diramal bergerak ke barat laut pada kelajuan 10 hingga 15 kilometer sejam dan dijangka mendarat di antara pantai selatan dan tengah Wilayah Fujian serta pantai timur Wilayah Guangdong pada pagi Jumaat. -Google Maps

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

China: Fujian keluarkan amaran untuk Taufan Saola
Wilayah Fujian di China Timur mengaktifkan respons kecemasan Tahap III untuk Saola, taufan kesembilan tahun ini, pada 10 pagi Selasa.

Taufan Doksuri landa timur China
Taufan itu melanda kawasan pantai di bandar Jinjiang pada 9.55 pagi, membawa angin ribut sehingga 50 meter sesaat.

Taufan Doksuri: Wilayah Fujian di China naikkan amaran ke Tahap III
Ibu pejabat kawalan banjir dan bantuan kemarau wilayah menaikkan tahap itu pada 6 petang Isnin.

Irmohizam muncul anak tempatan pertama dilantik Profesor Pelawat di Universiti Huaqiao
Huaqiao University ditubuhkan oleh pada tahun 1960 dan merupakan antara universiti terawal di republik itu yang menerima bilangan pelajar Malaysia yang ramai.

Taufan Nepartak: Kerosakan teruk di Fujian
Ribut petir juga dilaporkan berlaku di Ban Dong, Bandar Minqing, sehingga berlaku banjir mencapai paras dua meter.

Tawarkan pelanggan makan dan bayar ikut suka, restoran diambang kerugian
Akibat menawarkan pelanggan untuk makan apa sahaja pada harga yang mereka tentukan sendiri, satu restoran di China berdepan dengan kerugian.