TAUFAN Fiona membadai rumah dan menerbangkan bumbung serta menyebabkan bekalan elektrik terputus di dua wilayah di Kanada pada Sabtu.
Di Nova Scotia, kira-kira 380,000 pengguna masih terputus bekalan elektrik setakat petang Sabtu.
Ketua Menteri Nova Scotia Tim Houston berkata, pihaknya telah meminta bantuan ketenteraan dan bencana daripada kerajaan persekutuan.
Antara kerosakan yang dahsyat melanda adalah rumah dan jalan raya yang dihanyutkan serta jumlah pokok tumbang yang sangat banyak.
Bumbung sebuah bangunan pangsapuri runtuh dan seramai 100 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan.
Tiada mangsa yang cedera parah atau maut dilaporkan setakat ini.
Taufan pascatropika yang terbesar itu mendarat di Nova Scotia pada kekuatan kategori 4 selepas melalui Bermuda.
Pusat taufan Kanada melaporkan Taufan Fiona mempunyai tekanan paling rendah pernah direkodkan untuk ribut yang mendarat di Kanada.
Bagaimanapun, peramal memberi amaran bahawa taufan berkenaan berpotensi menjadi salah satu ribut paling kuat melanda negara.
Astro Awani
Sun Sep 25 2022

Sebuah kediaman tepi pantai di Port aux Basques, Kanada, dibadai taufan Fiona sebelum ia terhempas ke dalam laut, 24 Sept 2022. (Foto AP)
Banyakkan bersabar, lebihkan senyuman, kurangkan pertelingkahan - Syahredzan
Ahli Parlimen Bangi merangkap Pengerusi Sementara Dewan Rakyat, Yang Berhormat Syahredzan Johan mewakili Tan Sri Yang di-Pertua mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa yang akan bermula pada hujung minggu ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
AS bakal umum tarif ke atas kesatuan Eropah
Dalam perkembangan sama, Trump mengumumkan bahawa pentadbirannya dijangka akan membuat keputusan mengenakan tarif 25 peratus ke atas produk dari kesatuan Eropah (EU), termasuk kereta.
Tiada rancangan tarik semula keputusan tarif
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menegaskan pihaknya tidak akan menarik semula rancangan mengenakan tarif ke atas barangan dari Kanada dan Mexico.
Untung bersih RHB Bank melonjak kepada RM3.12 bilion pada tahun kewangan 2024
Keuntungan bersih RHB Bank Bhd melonjak kepada RM3.12 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 berbanding RM2.81 bilion pada tahun kewangan 2023, dipacu oleh pertumbuhan pendapatan keseluruhan yang kukuh.
"...suara itu juga datang daripada Yang Berhomat sendiri_" - Zambry
Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh mengajukan soalan tambahan kepada Menteri Pengajian Tinggi mengenai adakah kerajaan akan meneruskan cadangan memberikan pengajian percuma? Menteri menempelak sambil memberi jawapan yang membuatkan Yang Berhormat Besut tidak berpuas hati.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
2.1 juta notis peringatan telah dikeluarkan kepada peminjam PTPTN
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memberitahu bahawa pihak PTPTN telah bertindak dan berjaya menarik peminjam untuk hadir berbincang. Beliau menambah, sekiranya peminjam masih enggan, tindakan lebih keras akan diambil.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara

Malaysia optimis ASEAN muktamad perjanjian ATIGA menjelang Mac
Malaysia optimis penambahbaikan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) akan dipersetujui dan diluluskan oleh kesemua negara anggotanya bulan hadapan.
IHPR Malaysia naik 0.8 peratus pada Januari
Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia meningkat 0.8 peratus tahun ke tahun pada Januari 2025, meneruskan trend kenaikan selepas mencatat pertumbuhan 0.5 peratus pada Disember 2024.
Kerajaan akan bentang RUU Kredit Pengguna
Kerajaan dijangka membentangkan RUU Kredit Pengguna pada sidang Parlimen kali ini sebagai langkah memperkukuh perlindungan terhadap pengguna kredit.
Pembantu rumah dilayan seperti darah daging
Yulia Ningsih bukan sekadar pembantu rumah, tetapi sudah dianggap seperti ahli keluarga. Keakraban mereka terserlah apabila video pertemuan semula selepas beberapa tahun berpisah menjadi tular di media sosial.

Taufan Fiona: 380,000 terputus bekalan elektrik di Nova Scotia
Antara kerosakan yang dahsyat melanda adalah rumah dan jalan raya hanyut, serta banyak pokok yang tumbang.

Taufan Fiona melanda Puerto Rico, dua maut
Taufan Fiona membadai Puerto Rico, dua maut