TOKYO: Taufan Khanun yang membawa ribut hujan membadai wilayah Okinawa, Jepun pada Rabu, menyebabkan dua lagi kematian pada Khamis, lapor Xinhua.
Menurut seorang pegawai, Khanun taufan keenam yang membadai pada tahun ini turut menyebabkan 24 peratus isi rumah terputus bekalan elektrik.
Seorang wanita berusia 89 tahun di bandar Uruma meninggal dunia akibat melecur selepas lilin yang digunakan semasa bekalan elektrik terputus menyebabkan kebakaran.
Terdahulu pada Rabu, seorang lelaki berusia 90 tahun meninggal dunia di hospital selepas terperangkap di bawah runtuhan garaj di kediamannya.
Sehingga tengah hari Khamis, kira-kira 61 orang cedera. Lampu isyarat juga tidak berfungsi di beberapa kawasan di Okinawa, menurut media tempatan.
Sekurang-kurangnya 314 penerbangan dan lebih 40,000 penumpang terjejas, lapor penyiar nasional NHK.
Ribut itu mempunyai tekanan atmosfera 940 hektopaskal di tengah putarannya, membawa angin lima meter sesaat, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA) pada Khamis.
Pihak berkuasa menggesa orang ramai di Okinawa supaya berjaga-jaga ketika Taufan Khanun menghampiri Pulau Miyakojima.
Sementara itu, pegawai cuaca berkata jumlah hujan hingga Ahad di Hokkaido boleh melebihi purata bulanan pada Ogos, manakala Okinawa dan Pulau Amami-Oshima di wilayah Kagoshima diramal mengalami hujan lebih lebat.
Agensi cuaca juga menggesa orang ramai supaya berwaspada terhadap peningkatan paras air sungai serta banjir di kawasan rendah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2023

Menurut seorang pegawai, Khanun taufan keenam yang membadai pada tahun ini turut menyebabkan 24 peratus isi rumah terputus bekalan elektrik. - Gambar fail/ Reuters

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Banjir di wilayah timur Rusia, darurat diisytihar
Jumlah kediaman yang ditenggelami air telah meningkat kepada 4,620 manakala lebih 2,500 individu telah dipindahkan berikutan keadaan yang teruk.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Taufan Khanun badai sebahagian Jepun, 350 penerbangan dibatalkan
Taufan Khanun melanda wilayah Kagoshima dan Kumamoto di barat daya Jepun pada Rabu dan kini bergerak ke arah utara.

Ribut tropika: 20,000 penduduk di barat daya Jepun dinasihat berpindah
Kira-kira 20,000 penduduk di wilayah Kagoshima dan di wilayah Miyazaki di barat daya Jepun dinasihatkan supaya berpindah susulan ribut tropika dijangka membadai wilayah itu.

Taufan Khanun: Lebih 30,000 pengakap tinggalkan Saemangeum
Kira-kira 36,000 ahli pengakap meninggalkan Saemangeum, lokasi 25th World Scout Jamboree, empat hari lebih awal daripada dijadual.

Hujan lebat akibat Taufan Khanun landa Taiwan
Hujan lebat susulan Taufan Khanun di bahagian pergunungan Taiwan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di daerah Nantou pada Sabtu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Taufan Khanun badai Okoniwa, Jepun ragut dua nyawa, 61 cedera
Taufan Khanun yang membawa ribut hujan membadai wilayah Okinawa, Jepun pada Rabu, menyebabkan dua lagi kematian pada Khamis, lapor Xinhua.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Taufan Khanun: Lebih 500 penerbangan dibatalkan di selatan Jepun
Penerbangan yang menghubungkan Lapangan Terbang Naha di pulau Okinawa dan Kagoshima di bahagian selatan Pulau Kyushu dengan bahagian lain di negara itu telah dibatalkan.