MANILA: Presiden Filipina, Ferdinand Marcos isytihar penggantungan perkhidmatan awam yang tidak penting buat sementara serta penutupan sekolah susulan ribut tropika kategori tiga yang melanda pulau utama Luzon di timur laut ibu negara Manila, pada Isnin.
Menurut agensi cuaca negara, hampir 8,400 orang telah dipindahkan dari laluan Taufan Noru yang dilihat semakin lemah dengan angin berkelajuan 175 kilometer sejam dan tiupan 290 kilometer sejam.
Taufan Noru menyebabkan perkhidmatan penerbangan, feri dan bas ditangguhkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang menumbangkan pokok dan talian elektrik.
Marcos mengumumkan penutupan sekolah serta penghentian sementara perkhidmatan awam tidak penting di Luzon, yang menyumbang lebih daripada dua pertiga daripada ekonomi negara dengan populasi kira-kira separuh daripada 110 juta penduduk negara itu.
BACA: Taufan Noru: Filipina siap siaga, penduduk berhampiran pantai diminta berpindah
Jelasnya, Kementerian Tenaga telah meletakkan amaran terhadap semua kemudahan berkaitan tenaga di kawasan yang dilanda taufan.
Filipina, sebuah kepulauan dengan lebih 7,600 pulau menyaksikan purata tahunan 20 ribut tropika yang menyebabkan banjir dan tanah runtuh.
Pada 2013, Taufan Haiyan, salah satu taufan tropika paling kuat pernah direkodkan, mengorbankan 6,300 nyawa.
Taufan Noru yang bergerak ke arah barat merentasi wilayah pengeluar beras di Luzon, mungkin akan muncul di Laut China Selatan pada awal Isnin.
Astro Awani
Mon Sep 26 2022

Seorang nelayan mengikat botnya sebelum Taufan Noru membadai Filipina. - Foto REUTERS

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Taufan Noru: Lebih 800,000 penduduk Vietnam diarah berpindah
Taufan Noru yang mula beralih ke Vietnam, memaksa pihak berkuasa memindahkan lebih 800,000 penduduk ke pusat penempatan sementara.

Taufan Noru: Filipina henti sementara perkhidmatan awam, tutup sekolah
Hampir 8,400 orang telah dipindahkan dari laluan Taufan Noru yang dilihat semakin lemah dengan angin berkelajuan 175 kilometer sejam.

Amaran hujan berterusan hingga esok di Sabah dan Labuan
Hujan berterusan dijangka berlaku di Sabah dan Labuan hingga esok, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).