BANGKOK: Bagaikan filem Face-Off, seorang tauke dadah Thailand yang dalam buruan polis sanggup membelanjakan wang untuk mengubah wajahnya dengan menjalani pembedahan plastik.
Media tempatan melaporkan, penjenayah yang dikehendaki itu telah memilih wajah seperti 'lelaki Korea yang kacak' untuk penyamarannya, namun ternyata helah itu tidak dapat menyelamatkannya.
Saharat Sawangjaeng, 25, berjaya ditahan pada Khamis selepas tiga bulan menyembunyikan diri. Selepas sesi pembedahan wajahnya berjaya, dia dikatakan menyamar sebagai Jimin Seong, seorang warga Korea Selatan, lapor Bangkok Post.
Gambar wajah Sawangjaeng jelas menunjukkan perubahan 100 peratus selepas operasi pembedahan plastik itu, sehingga kisahnya dikaitkan dengan populariti filem Face-Off yang dibintangi aktor John Travolta dan Nicholas Cage suatu masa dahulu.
“Langsung tidak kelihatan ciri wajah aslinya,” kata seorang pegawai polis kepada media.
Sawangjaeng didakwa menjadi dalang utama dalam bisnes dadah terlarang MDMA, yang juga dikatakan sebagai punca epidemik penggunaan pil ekstasi di kelab-kelab hiburan Bangkok.
Walaupun dalam persembunyian, dia meneruskan aktiviti haram membina empayar dadahnya. Namun begitu, pihak polis dapat juga menjejakinya.
Bagaimanapun, sewaktu serbuan di kondominium mewah yang menjadi sarang aktivitinya, jiran-jiran Sawangjaeng memberitahu polis bahawa hanya seorang ‘lelaki Korea yang kacak’ tinggal di situ.
Dengan maklumat itu, pihak polis serta-merta dapat mengaitkannya dengan Sawangjaeng kerana dalam penahanan sebelum ini, dia pernah memberitahu polis bahawa dia merancang untuk berpindah ke Korea Selatan untuk memulakan hidup baharu.
Agensi
Thu Mar 02 2023
Gambar sebelum dan selepas pembedahan plastik. Penduduk kondominium tidak sangka 'lelaki Korea yang kacak' yang menjadi jiran mereka rupa-rupanya penjenayah yang amat dikehendaki polis. - Royal Thai Police
Pemerdagangan manusia: PGA tahan 14 warga asing, dua tekong di Ketereh
Serbuan pada pukul 11.45 malam itu dijalankan berdasarkan maklumat risikan berkaitan penyeludupan warga asing dalam Op Taring Delta Kelantan.
Penggabungan CAAM-MAVCOM dijangka pada separuh kedua 2025
Penggabungan antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dijangka pada separuh kedua tahun ini.
KPDN serbu tiga premis seleweng barang kawalan bersubsidi
KPDN melakukan tiga serbuan berasingan ke atas premis disyaki menjalankan aktiviti penyelewengan serta ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi pada 15 dan 16 Jan lepas.
Tarikh penyertaan HKM 2024 dilanjutkan hingga 7 Feb
Tarikh akhir penghantaran penyertaan untuk Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2024 (HKM 2024) dilanjutkan hingga 7 Feb ini.
Saif Ali Khan dalam keadaan baik selepas pembedahan
Doktor di hospital turut memaklumkan bahawa Saif telah diberikan makanan seperti biasa.
Polis kesan individu terlibat insiden pukul OKU
Polis sedang mengesan beberapa individu dipercayai terlibat dalam kejadian pukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental di Pasar Tani, Padang Astaka Chukai, hari ini.
Kabinet Keselamatan Israel setuju perjanjian gencatan senjata di Gaza
Kabinet keselamatan Israel dalam undian menyokong gencatan senjata yang dipersetujui baru-baru ini dengan Hamas.
AWANI Ringkas: Masyarakat antarabangsa mesti hormati Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pulau Pinang tidak naikkan fi hotel - Chow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini menafikan laporan media tempatan yang mendakwa fi hotel di negeri berkenaan akan dinaikkan sehingga 50 peratus pada tahun ini.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar siasat setiap aduan berkait penganiayaan haiwan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menegaskan setiap aduan berkaitan penganiayaan haiwan yang diterima diambil tindakan sewajarnya.
Wanita jalani pembedahan plastik cuba lari dari hospital
SEORANG wanita menimbulkan kekecohan selepas cuba melarikan diri di sebuah hospital kecantikan swasta di Istanbul, Turkiye.
Charlize Theron nafi buat pembedahan plastik, wajah berubah kerana usia
Pemenang Oscar menerusi filem Monster itu mendakwa wajahnya berubah mengikut faktor usia.
Tauke dadah Thailand elak diburu polis, sanggup bedah muka sekacak selebriti Korea
Penduduk kondominium tidak sangka 'lelaki Korea yang kacak' yang menjadi jiran mereka rupa-rupanya penjenayah yang amat dikehendaki polis.
Budak 9 tahun jalani pembedahan kelopak mata agar kelihatan 'cantik'
Ramai rakyat Asia dilahirkan tanpa kelopak mata berganda dan baginya ia merupakan 'standard kecantikan' seorang wanita.
Tom Cruise buat pembedahan plastik?
Peminat berpendapat hanya ada dua kemungkinan, iaitu berat badan Cruise bertambah atau dia melakukan pembedahan plastik.
Pasangan sanggup berhabis sehingga RM1.3 juta untuk seiras Park Ji-min!
Sanggup berhabis sehingga RM1.3 juta semata-mata ingin seiras seperti bintang K-pop dan kelihatan seperti patung.
Wajah 'tak cantik' selepas pembedahan, vlogger nekad terjun bangunan
Liu yang merupakan video blogger terkenal di China dilapor terpaksa menjalani pelbagai pembedahan susulan apabila pembedahan awal telah merosakkan wajahnya.
Takut punggung 'pecah', wanita ini tidak berani duduk
Seorang wanita yang obses melakukan pembedahan plastik hanya kerana ingin kelihatan cantik seperti anak patung Barbie kini menganggung derita.
Wajah tak cantik, Jeon So Min menangis disuruh buat pembedahan plastik
Mengimbas kembali detik tersebut, So Min memberitahu pada ketika itu dia sudah pun bertemu dengan pakar pembedahan kosmetik untuk mendapatkan nasihat mengenai perkara itu.
Pemutihan zakar beri kesan buruk kepada pemilik - Pakar pembedahan plastik
Menurut seorang pakar pembedahan plastik Massimiliano Brambilla, trend terbaharu itu sebenarnya berbahaya serta berisiko tinggi kepada pesakit kerana kadar asid dan kimia yang digunakan.