NABLUS (Tebing Barat): Pencerobohan, kemusnahan harta benda, penculikan serta penangkapan rakyat Palestin oleh tentera rejim Israel merupakan situasi 'biasa' yang dihadapi rakyat Palestin.
Namun jenayah kejam Israel melibatkan pembunuhan berama-ramai kini menjadi-jadi setiap hari di bandar-bandar Palestin sejak 7 Okt lalu.
Pengarah Yayasan Al-Haq Palestin Shawan Rateb Abdallah Jabarin berkata bahawa pembunuhan yang dilakukan tentera zionis Israel terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat telah meningkat secara mendadak.
"Pembunuhan demi pembunuhan dilakukan tentera zionis. Mereka sesuka hati menarik picu senjata dan membunuh warga Palestin yang mereka temui", katanya seperti dilaporkan oleh Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Memetik statistik yang dikeluarkan Biro Perangkaan Pusat Palestin (PCBS), ia melaporkan tindakan pencerobohan, penganiayaan, penyeksaan, pemusnahan infrastruktur dan rumah kediaman selain serbuan oleh tentera Israel hampir setiap hari telah memaksa beribu-ribu warga Palestin di kem pelarian Jenin, Tebing Barat berhijrah keluar.
Kini hanya tinggal kira-kira tiga ribu sahaja daripada 11,674 rakyat Palestin yang tinggal di kem-kem tersebut, lapor PCBS.
WAFA turut melaporkan jenayah kebencian dan kekejaman tentera zionis tidak terhenti setakat pembunuhan. Mereka turut bertindak menyeksa mayat warga Palestin yang dibunuh selain menghalang akses ambulans ke lokasi kejadian.
Perkara ini berlaku kepada seorang pemuda Palestin Abdul Rahman Uthman yang dibunuh tentera Israel semasa serbuan ke atas sebuah kem pelarian Palestin di Tulkarm, Tebing Barat, seperti yang disaksikan Ummu Jamal Abu Heish
"Tentera Israel kemudian mengikat kaki dan tangan Uthman yang sudah tidak bernyawa lalu menggantungnya di sebatang tiang sebelum mula mencaci, menendang selain bertindak kencing ke atas mayat berkenaan.
"Kemudian mereka merakan gambar sambil memijak mayatnya dan bergelak ketawa," kata Ummu Jamal.
Sekurang-kurangnya 25,900 rakyat Palestin terbunuh manakala 64,110 lagi cedera sejak 7 Okt tahun lalu.
Serangan rejim Israel menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza hilang tempat tinggal di tengah-tengah krisis kekurangan makanan, bekalan air bersih dan ubat-ubatan manakala 60 peratus infrastruktur di wilayah itu rosak atau musnah, menurut PBB.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 26 2024

Pengarah Yayasan Al-Haq Palestin Shawan Rateb Abdallah Jabarin berkata bahawa pembunuhan yang dilakukan tentera zionis Israel terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat telah meningkat secara mendadak. - Gambar fail/AP

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump
"Saya akan memilikinya (Gaza). Anggap ini sebagai pembangunan hartanah untuk masa depan. Ia akan menjadi sebidang tanah yang indah. Tidak memerlukan perbelanjaan besar."

Israel arah tentera rancang bawa keluar warga Palestin ‘secara sukarela’ dari Gaza
Kata Menteri Pertahanan Israel, rakyat Palestin boleh pergi "ke mana-mana negara yang sudi menerima mereka."

Malaysia tolak pemindahan paksa rakyat Palestin
Pemindahan paksa itu merupakan satu bentuk pembersihan etnik yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan pelbagai resolusi PBB.

White House buat ‘u-turn’, cadangan Trump untuk Amerika ambil alih Gaza bukan kekal, hanya sementara
White House dakwa, Trump hanya ingin pindahkan 1.8 juta penduduk Gaza buat sementara waktu bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan semula dilakukan.

Hamas puji penubuhan kumpulan The Hague, anggap langkah penting akhiri penjajahan Israel
Kumpulan penentang Palestin, Hamas pada Ahad menyifatkan penubuhan sebuah pakatan melibatkan beberapa negara bagi menyelaraskan tindakan perundangan, diplomatik dan ekonomi terhadap pencabulan undang-

Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.

Mesir tidak akan terlibat dalam pemindahan paksa rakyat Palestin
Presiden Mesir menegaskan, negaranya tidak akan terlibat dalam sebarang pemindahan paksa rakyat Palestin.

Lebih 3 juta rakyat Palestin "dipenjara" oleh pihak berkuasa Israel - Kementerian
Kementerian Luar dan Ekspatriat Palestin mendedahkan bahawa lebih tiga juta rakyat Palestin kini "dipenjarakan" di bandar, pekan, dan kem pelarian mereka oleh pihak berkuasa Israel.

Malaysia atur hantar pulang 127 rakyat Palestin dalam tempoh gencatan senjata - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan sedang mengatur penghantaran pulang 127 rakyat Palestin termasuk 41 individu cedera yang dibawa ke Malaysia sebelum ini bagi menerima rawatan.

Kekecohan di WTKL: Duta Palestin kesal, insiden tak cermin etika sebenar rakyat
Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali melahirkan rasa kesal yang mendalam terhadap kekecohan yang berlaku di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL).