SEOUL:Tempahan awal PlayStation 5 (PS5) kelompok kedua habis terjual hanya dalam tempoh sejam di Korea Selatan, kata pihak industri pada Rabu.
Sehingga 2 petang, semua peruncit utama mengatakan tempahan awal PS5 sudah ditutup, lapor agensi berita Yonhap.
Sebanyak 11 kedai dalam talian dan kedai biasa mula menerima tempahan awal pada tengah hari.
Tempahan awal untuk kelompok pertama PS5 pada 18 September lalu juga habis dijual dalam tempoh yang singkat.
PS5 dilancarkan pada 2013. Alat permainan keluaran terbaru Sony Corp itu dijadual dilancarkan di Korea Selatan pada 12 November.
BACA: PlayStation 5 mula dijual 12 November, Final Fantasy XVI antara judul eksklusif
BACA: Wow! Penuh bergaya, ini imej baharu Playstation 5
Di Korea Selatan PS5 standard dijual dengan harga 628,000 won (US$540) sementara edisi digital berharga 498,000 won.
PS5 diharap dapat merangsang pertumbuhan pasaran domestik di tengah-tengah trend duduk di rumah berikutan pandemik.
Menurut Agensi Kandungan Kreatif Korea, pasaran permainan tahun lalu dianggarkan lebih 600 bilion won, lebih dua kali ganda berbanding 262.7 bilion won pada 2016.
Seperti negara lain, PS5 akan berdepan saingan sengit dengan alat permainan baharu keluaran Microsoft Corp, Xbox Series X dan Xbox Series S, di Korea Selatan.
Tempahan awal untuk Xbox Series X dan S yang dibuka pada 22 September turut habis terjual dalam tempoh singkat.
Xbox generasi seterusnya dijadual dilancar di Korea Selatan pada 10 November.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 08 2020

Di Korea Selatan PS5 standard dijual dengan harga 628,000 won (US$540) sementara edisi digital berharga 498,000 won. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tema klasik PS1, PS2, PS3 dan PS4 kini boleh digunakan di PlayStation 5
Tema Klasik PS1, PS2, PS3 dan PS4 Kini Boleh Digunakan Di PlayStation 5

PlayStation 5 gagal capai sasaran jualan, kini di peringkat akhir kitaran hayat
Sony kini mengubah sasaran menjual 21 juta unit PlayStation 5 untuk tahun fiskal 2023 berakhir Mac berbanding sasaran asal 25 juta unit.

Sony umum naikkan harga PS5
Kenaikan harga hanya akan dikenakan di pasaran terpilih di seluruh Eropah, Timur Tengah dan Afrika, Asia-Pasifik, Amerika Latin dan Kanada.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 8 Oktober 2020.

Tempahan awal PS5 habis terjual dalam tempoh sejam di Korea Selatan
Sehingga 2 petang Rabu, semua peruncit utama mengatakan tempahan awal PS5 sudah ditutup.

PlayStation 5 mula dijual 12 November, Final Fantasy XVI antara judul eksklusif
PS5 akan dijual dengan harga AS$500 (kira-kira RM2,060), sepadan dengan harga Xbox Series X Microsoft Corp yang juga akan dijual tidak lama lagi.