PEWARIS takhta Britain, Putera William menafikan keluarga diraja itu mempunyai sifat rasis atau perkauman, dalam reaksi pertamanya terhadap tuduhan Putera Harry dan isterinya, Meghan, dalam wawancara bersama Oprah, baru-baru ini.
Bercakap ketika lawatan di London timur, Duke of Cambridge itu memaklumkan beliau belum bercakap dengan adiknya tetapi akan melakukannya dalam masa terdekat.
Ketika lawatan di Stratford bersama isterinya, Duchess of Cambridge, Putera William sempat menjawab soalan seorang wartawan: "Adakah keluarga diraja Britain rasis?"
"Kami bukan keluarga rasis," katanya.
Istana Buckingham pada Selasa mengeluarkan kenyataan bahawa dakwaan Duke dan Duchess of Sussex itu membimbangkan dan akan ditangani secara tertutup.
Dalam satu kenyataan, istana juga memaklumkan kedua-dua mereka tetap "ahli keluarga yang sangat disayangi".
BACA: Wawancara Oprah: Keluarga diraja Britain zahir rasa sedih
BACA: Wawancara Oprah: Diskriminasi terlampau, Meghan pernah terfikir untuk bunuh diri
Meghan mengeluarkan beberapa kenyataan mendakwa keluarga diraja itu bersikap rasis dengan mengemukakan beberapa bukti, antaranya anaknya Archie yang berusia setahun, dinafikan gelaran putera kerana kanak-kanak itu berketurunan kulit hitam.
Agensi
Thu Mar 11 2021

Duke of Cambridge itu memaklumkan beliau belum bercakap dengan adiknya itu tetapi akan melakukannya dalam masa terdekat. - REUTERS

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kate Middleton ada 'klon'?
Kate Middleton terus menjadi topik perdebatan pentaksub teori konspirasi, gara-gara gambar terbaharu beliau bersama suaminya, Putera William.

Kate Middleton 'muncul semula' selepas pembedahan
Kate Middleton dilihat menemani suaminya, Putera William di sebuah kedai berhampiran Istana Windsor pada Ahad.

'Terlalu ramai yang terbunuh dalam perang Israel-Gaza' - Putera William
Naluri seorang bapa menyebabkan Putera William benar-benar terkesan dengan apa yang berlaku di Asia Barat.

Kanser dihidapi Raja Charles mampu satukan keluarga diraja British - Putera Harry
"Ujian dan kesakitan ini membawa kepada penyatuan keluarga," kata Putera Harry.

Raja Charles III berada dalam keadaan sangat baik - Ratu Camilla
Camilla turut berkongsi bagaimana Charles tersentuh dengan mesej sokongan dan doa-doa daripada rakyat jelata.

Terima kasih kepada semua yang prihatin keadaan Raja Charles III - Putera William
Mesej-mesej baik yang dititipkan oleh semua pihak amat dihargai oleh keluarga diraja British.

Putera Harry kembali ke UK untuk berada di sisi Raja Charles III
Kepulangan Harry untuk bersama ayahandanya disifatkan situasi yang jarang berlaku di tengah-tengah keretakan keluarga diraja British itu.

Putera William dipilih Lelaki Botak Terseksi Dunia 2023, Vin Diesel nombor dua
Pemenang Lelaki Botak Terseksi ditentukan dengan faktor 'kilauan' pada kepala mereka.

Jadi pelayan trak makanan, pengunjung terkejut lihat Putera William saji makanan
Putera William muncul sebagai pelayan yang menghantar burger sayuran di sebuah trak makanan di London.

Mengaku bunuh 25 orang di Afghanistan, pengakuan Putera Harry 'bocor' lebih awal
Harry turut mendakwa dia pernah diserang secara fizikal oleh abangnya, Putera William.