GAZA CITY: Hospital Al-Awda di Jabalia di utara Semenanjung Gaza pada Khamis melaporkan bahawa tentera Israel menyerbu hospital tersebut dan memaksa kakitangan perubatannya meninggalkan premis selepas empat hari dikepung, menurut laporan Anadolu Agency (AA).
Dalam satu kenyataan, pihak hospital menyatakan kakitangan perubatan dipaksa meninggalkan premis ke arah barat Bandar Gaza selepas seorang daripada kakitangan perubatan ditangkap oleh tentera Israel.
Kenyataan itu menambah bahawa 14 kakitangan perubatan masih berada di hospital, bersama 11 orang yang cedera dan pengiring mereka yang tidak dapat meninggalkan hospital tanpa ambulans.
Pada Rabu, Pejabat Media Kerajaan di Gaza menyatakan sektor kesihatan di utara Gaza telah lumpuh sepenuhnya disebabkan oleh Israel yang sengaja menyasarkan kemudahan kesihatan itu sejak 7 Okt.
Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Semenanjung Gaza sejak serangan pada 7 Okt 2023 oleh kumpulan Palestin Hamas.
Lebih 35,700 rakyat Palestin telah terbunuh sejak itu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan hampir 80,000 lagi cedera.
Lapan bulan selepas perang Israel, sebahagian besar infrastruktur rosak atau musnah di Gaza selain menghadapi kekurangan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan yang berlarutan.
Israel dituduh melakukan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Mahkamah juga mengarahkan Israel mengambil langkah untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan di kawasan Palestin yang terkepung.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024

Seramai 14 kakitangan perubatan masih berada di hospital, bersama 11 orang yang cedera dan pengiring mereka yang tidak dapat meninggalkan hospital tanpa ambulans. -X @HananBalkhy
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Hospital di utara Gaza kehabisan bekalan akibat sekatan Israel
Hospital Al-Awda di utara Gaza kini kehabisan bekalan perubatan dan makanan akibat pengepungan berterusan oleh Israel.

Israel arah 3 hospital di utara Semenanjung Gaza dikosongkan dalam 24 jam
Tentera Israel mengarahkan pemindahan pesakit dan kakitangan di tiga hospital di utara Semenanjung Gaza, kata Kementerian Kesihatan Gaza pada Selasa.

Tentera Israel serbu Hospital Al-Awda di Jabalia, paksa kakitangan perubatan tinggalkan premis
Kakitangan perubatan dipaksa meninggalkan premis ke arah barat Bandar Gaza selepas seorang daripada mereka ditangkap tentera Israel.

Serangan udara Israel di kem pelarian Nuseirat ragut nyawa, kecederaan
Pengeboman berterusan ke atas kem berkenaan menyasarkan Masjid Hassan al-Banna di kem baharu di barat Nuseirat, mengakibatkan kemusnahan sepenuhnya.