TEL AVIV: Sepasang suami isteri warga Belgium tergamak meninggalkan bayi mereka di kaunter daftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di Israel selepas mereka dikatakan lewat untuk menaiki penerbangan ke Brussels ketika kejadian pada Selasa lalu.
Media tempatan melaporkan kaunter tersebut telah ditutup dan pasangan itu kemudiannya berlari ke bahagian pemeriksaan keselamatan tanpa membawa bayi mereka.
Kakitangan di kaunter daftar masuk tersebut bertindak segera melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Jurucakap polis Israel mengesahkan perkara itu telah diselesaikan dan tiada siasatan lanjut dilakukan malah bayi berkenaan kini bersama kedua-dua ibu bapanya.
Beberapa laporan mendakwa pasangan itu mungkin bertindak demikian selepas dimaklumkan tentang bayaran tiket tambahan untuk bayi mereka. - Sinar Harian/Agensi
Sinar Harian
Sat Feb 04 2023

Bayi tersebut kini bersama kedua-dua ibu bapanya selepas perkara itu diselesaikan secara baik dengan pihak berkuasa. - Foto Facebook/FL360aero

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.
Indonesia lancar program sekolah rakyat bantu murid miskin
Program sekolah rakyat bakal menyediakan pendidikan percuma kepada murid daripada keluarga miskin.
Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
Vietnam mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.2 peratus dalam indeks pengeluaran perindustrian atau IIP untuk dua bulan pertama 2025.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia perkukuh hubungan perdagangan
Bagi perniagaan Jerman yang ingin menembusi pasaran Asia Tenggara, Malaysia menyediakan pintu masuk utama untuk berinteraksi dengan pasaran ASEAN.

Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan
Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, dekat sini pada 19 Jan.

Tergamak tinggalkan bayi sendiri di kaunter lapangan terbang
Laporan mendakwa pasangan itu mungkin bertindak demikian selepas dimaklumkan tentang bayaran tiket tambahan untuk bayi mereka.