LONDON: Putera William mengucapkan terima kasih kepada orang ramai dalam reaksi pertamanya sejak ayahandanya, Raja Charles III disahkan menghidap kanser.
Bercakap kepada BBC pada majlis makan malam kutipan dana Badan Amal Ambulans Udara London di London, malam tadi, putera diraja British itu berkata: "Kami sangat menghargai mesej baik semua orang."
Terdahulu, Istana Buckinghamberkata "panggilan peribadi ringkas" antara Raja Charles III dan Rishi Sunak telah diatur yang memberi peluang kepada untuk Perdana Menteri United Kingdom (UK) untuk menzahirkan doa dan ucapan semoga raja diberi kesembuhan.
Kedua-dua Perdana Menteri dan Raja England bertemu setiap minggu untuk membincangkan urusan kerajaan.
Berikutan keadaan kesihatan Raja Charles III, Istana Buckingham berkata, mesyuarat secara fizikal antara kedua-dua mereka untuk dua minggu akan datang.
Raja Charles III dan Sunak hanya akan berkomunikasi melalui panggilan telefon sahaja.
Pada ketika ini, Raja Charles III sedang berehat di Sandringham selepas memulakan rawatan kanser pada hari Isnin
Dalam perkembangan sama, Putera William kembali tugas diraja selepas mengambil cuti sejak 16 Januari lalu sementara isterinya, Puteri Wales, pulih daripada pembedahan.
Putera William dijangka mengambil alih beberapa tugas rasmi sementara ayahandanya menerima rawatan.
Beliau juga menyempurnakan upacara penyampaian pingat di Istana Windsor pada Rabu.
Antara mereka yang menerima penghormatan ialah Ellen White, penjaring terbanyak pasukan bola sepak wanita England yang menjadi penyumbang kepada kemenangan Lionesses di Euro pada 2022.
Putera William turut berangkat menghadiri majlis kutipan dana untuk Badan Amal Ambulans Udara London.
Catherine meninggalkan hospital Isnin lalu dan pulang ke rumahnya di Windsor selepas pembedahan perutnya pada 16 Januari.
Di hospital swasta yang sama di London, Raja Charles III menerima rawatan kerana pembesaran prostat - yang menyebabkan kansernya dikesan. - Agensi
Agensi
Wed Feb 07 2024
![Terima kasih kepada semua yang prihatin keadaan Raja Charles III - Putera William Terima kasih kepada semua yang prihatin keadaan Raja Charles III - Putera William](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707344443_TBPrinceWilliam.jpg)
Putera William (kanan) berbual dengan aktor popular Hollywood, Tom Cruise pada majlis makan malam kutipan dana Badan Amal Ambulans Udara London di London, malam tadi. - Gambar AP
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Anak tiri pengasuh kerabat diraja Britain maut dalam serangan di New Orleans Anak tiri pengasuh kerabat diraja Britain maut dalam serangan di New Orleans](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736028901_EdwardPettifer.jpg)
Anak tiri pengasuh kerabat diraja Britain maut dalam serangan di New Orleans
Raja Charles III dilaporkan amat berdukacita atas kematian anak tiri bekas pengasuh kepada Putera William dan Putera Harry.
![Cadbury hilang status pembekal diraja selepas 170 tahun - Laporan Cadbury hilang status pembekal diraja selepas 170 tahun - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735014587_tbCadburyDairyMilk.jpg)
Cadbury hilang status pembekal diraja selepas 170 tahun - Laporan
Cadbury antara 100 syarikat yang tidak lagi mendapat sokongan rasmi selepas 'Royal Warrant' mereka tidak diperbaharui oleh Raja Charles III.
![Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683580798_KingCharlesIII.jpg)
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak GBP72 juta (hampir RM400 juta), lapor agensi berita PA Media.
![Agong terima panggilan telefon daripada Raja Charles III Agong terima panggilan telefon daripada Raja Charles III](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728572267_TBSultanIbrahim.jpg)
Agong terima panggilan telefon daripada Raja Charles III
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Khamis menerima panggilan telefon daripada Raja Britain Raja Charles III, di Istana Negara.
![Raja Charles III utus ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada Agong, rakyat Malaysia Raja Charles III utus ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada Agong, rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81725084769_RajaCharlesMalays.jpg)
Raja Charles III utus ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada Agong, rakyat Malaysia
Raja Charles III dan Permaisuri Camilla mengutuskan ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan, hari ini.
![Raja Charles, Permaisuri Camilla akan lawat Australia - PM Raja Charles, Permaisuri Camilla akan lawat Australia - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721030848_tbKingCharlesandQ.jpg)
Raja Charles, Permaisuri Camilla akan lawat Australia - PM
Raja Britain Charles III dan Permaisuri Ratu Camilla akan melawat Australia pada Oktober, disahkan oleh Perdana Menteri Australia Anthony Albanese, lapor Xinhua.
![Rishi Sunak akui kekalahan, ucap tahniah kepada Keir Starmer Rishi Sunak akui kekalahan, ucap tahniah kepada Keir Starmer](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720156983_RishiSunak.jpg)
Rishi Sunak akui kekalahan, ucap tahniah kepada Keir Starmer
Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, mengakui berdepan kekalahan dalam pilihan raya Britain dan menyatakan bahawa Parti Buruh pembangkang telah menang pada Jumaat.
![Australia lantik Gabenor Jeneral wanita kedua sebagai wakil Raja British Australia lantik Gabenor Jeneral wanita kedua sebagai wakil Raja British](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719869463_GovernorGeneralof.jpg)
Australia lantik Gabenor Jeneral wanita kedua sebagai wakil Raja British
Sam Mostyn merupakan wanita kedua dilantik sebagai wakil monarki Britain dalam tempoh 123 tahun.
![Pilihan Raya Umum UK: Malaysia kekal rakan kongsi penting walau apa pun keputusan Pilihan Raya Umum UK: Malaysia kekal rakan kongsi penting walau apa pun keputusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718895518_UKMalaysiaKingC.jpg)
Pilihan Raya Umum UK: Malaysia kekal rakan kongsi penting walau apa pun keputusan
Jelas Terry, hubungan kukuh yang mengikat antara kedua-dua negara telah bertahan melangkaui masa dan politik.
![Puteri Wales Kate Middleton akan buat penampilan umum pertama tahun ini Puteri Wales Kate Middleton akan buat penampilan umum pertama tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-01/71483460962_KateMiddleton.jpg)
Puteri Wales Kate Middleton akan buat penampilan umum pertama tahun ini
Puteri Wales, akan membuat penampilan umum pertamanya tahun ini dengan menyertai keluarganya di Trooping the Colour di London.