Operasi di Terminal 2 (T2) Lapangan Terbang Changi akan digantung selama 18 bulan mulai 1 Mei depan, menurut Changi Airport Group (CAG).
CAG berkata perincian mengenai perpindahan syarikat-syarikat penerbangan ke terminal lain akan diumumkan melalui laman web Lapangan Terbang Changi sebelum 1 Mei depan.
Penggantungan operasi ini akan membolehkan kerja-kerja pengembangan semasa di T2 dipercepatkan mengikut jadual iaitu pada 2024, tetapi ini mungkin akan ditambah selama satu tahun lagi.
"Dengan syarikat penerbangan, banyak menangguhkan penerbangan sebagai tindak balas terhadap permintaan yang semakin berkurang, usaha ini juga akan membantu lapangan terbang yang menjadi rakan kongsi kami mengharungi masa yang sukar," kata Naib Presiden Eksekutif Pengurusan Lapangan Terbang CAG, Tan Lye Teck dalam satu kenyataan.
"Walaupun skala operasi kami akan berkurangan dalam tempoh terdekat, Lapangan Terbang Changi tetap dibuka untuk melayani penerbangan kargo udara dan penumpang yang masih terus beroperasi.
"Kami mempunyai fleksibiliti dan bersedia meningkatkan operasi sebaik sahaja keadaan pulih," kata Tan lagi.
Sementara itu, memandangkan jumlah penerbangan yang sangat kecil di Terminal 4 (T4), operasi di terminal tersebut telah dikurangkan dengan hanya beberapa pintu masuk dibuka dan kedai-kedai dibenarkan untuk ditutup lebih awal.
Jika syarikat penerbangan yang masih beroperasi di T4 memilih untuk menggantung atau menyesuaikan jadual penerbangan mereka, CAG akan memberi pertimbangan bagi menghentikan operasi mereka di T4 untuk sementara waktu, tetapi boleh memulakan semula operasi mereka sebaik sahaja syarikat-syarikat penerbangan ini mengaktifkan balik jadual mereka.
Penyatuan ini akan membolehkan CAG dan lapangan terbang yang menjadi rakan kongsinya untuk menjimatkan kos operasi seperti utiliti dan pembersihan, tetapi juga dengan tujuan mengoptimumkan sumber-sumber di seluruh terminal agar menjadi lebih sesuai dengan permintaan perjalanan termasuk kekerapan penerbangan yang menyusut.
Dalam perkembangan berasingan, Kementerian Pengangkutan republik itu mengumumkan bahawa Levi Pembangunan Lapangan Terbang akan dikecualikan mulai 13 April 2020 hingga 31 Mac 2021.
Levi itu telah diperkenalkan pada 1 Julai 2018 untuk membiayai pengembangan lapangan terbang, termasuk Terminal 5 (T5) yang baharu serta infrastruktur yang berkaitan di Changi East.
Sekarang ini, penumpang yang memulakan perjalanan mereka dari Lapangan Terbang Changi perlu membayar kadar S$10.80, manakala penumpang yang memulakan perjalanan mereka di tempat lain dan membuat sambungan melalui Lapangan Terbang Changi perlu membayar kadar S$3.00.
Levi dibayar oleh penumpang yang berlepas dari atau bersambung melalui Lapangan Terbang Changi.
Ia akan dikecualikan untuk penumpang yang mana, tiket penerbangan mereka dikeluarkan antara tarikh perjalanan dalam tempoh yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 06 2020
![Terminal 2 Changi digantung 18 bulan mulai 1 Mei depan Terminal 2 Changi digantung 18 bulan mulai 1 Mei depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/71443342285_Changiinternational.jpg)
Penggantungan operasi ini akan membolehkan kerja-kerja pengembangan semasa di T2 dipercepatkan mengikut jadual iaitu pada 2024. - Gambar fail
![PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737158266_AnwarIbrahim.jpg)
PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan
Kerajaan mengarahkan siasatan polis terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta.
"Saya faham kenapa Polis menjalankan kerja secara profesional" - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan pemberitahuan kepada polis sebelum 5 hari sebagai jaminan penganjur mengikuti syarat dan membersihkan kawasan selepas perhimpunan
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Kerajaan Kelantan sedia ambil alih pembinaan KB Sentral Kerajaan Kelantan sedia ambil alih pembinaan KB Sentral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739416894_KBSentral.jpg)
Kerajaan Kelantan sedia ambil alih pembinaan KB Sentral
Kerajaan negeri sedia mengambil alih pembinaan KB Sentral sekiranya rundingan dengan Perak Transit gagal mencapai kata putus.
"Ini yang terbaik dari Kerajaan MADANI"- PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan pemberitahuan 5 hari sebelum perhimpunan adalah untuk pihak polis mengambil maklum menjaga keselamatan dan lalu lintas.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana - Che Ta Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana - Che Ta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739415707_CheTa.jpg)
"Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana" - Che Ta
"Kehilangan anak kecil membuatkan kita rasa sedih dan hiba di atas dunia, namun membawa khabar gembira di alam akhirat, Insya-Allah," kata Che Ta.
“Tindakan tidak akan diambil” - PM Anwar
Perdana Menteri Anwar memberitahu siasatan terhadap perhimpunan anti rasuah yang melibatkan mahasiswa dan perhimpunan mogok lapar oleh SOSMA dihentikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
The Economy: Memastikan pertumbuhan saksama antara Wilayah
Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah di Kementerian Ekonomi, Dr. Mohammed Shaharin Umar, berbincang mengenai langkah-langkah yang diambil untuk mencapai keseimbangan pembangunan. Diskusi mendalam tentang strategi dan inisiatif untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang saksama antara wilayah di Malaysia.
![Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738640192_TBAnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar
Dengan pindaan itu, penganjur hanya perlu menghantar notis pemberitahuan atau pemakluman kepada polis lima hari sebelum perhimpunan itu diadakan.
AWANI Ringkas: 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739415150_LembagaAirPerak.jpg)
Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP
LAP berkata, bekalan air daripada kolam LAP akan ditutup apabila air kolam habis dan para pengguna dinasihatkan menyimpan air secukupnya.
![COVID-19: Singapura lapor satu kes positif jangkitan awal bagi strain B117 COVID-19: Singapura lapor satu kes positif jangkitan awal bagi strain B117](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51609725864_SINGAPORE.jpg)
COVID-19: Singapura lapor satu kes positif jangkitan awal bagi strain B117
Ia melibatkan seorang lelaki, berusia 24 tahun dari Korea yang merupakan pemegang pas kerja yang bekerja di Azur, Crowne Plaza Changi Airport, 75 Airport Boulevard.
![Terminal 2 Changi digantung 18 bulan mulai 1 Mei depan Terminal 2 Changi digantung 18 bulan mulai 1 Mei depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/71443342285_Changiinternational.jpg)
Terminal 2 Changi digantung 18 bulan mulai 1 Mei depan
Operasi di Terminal 2 (T2) Lapangan Terbang Changi akan digantung selama 18 bulan mulai 1 Mei depan, menurut Changi Airport Group (CAG).
![Lapangan Terbang Changi kendali 60 juta penumpang pada 2017 Lapangan Terbang Changi kendali 60 juta penumpang pada 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/41504690450_ChangiAirport.jpg)
Lapangan Terbang Changi kendali 60 juta penumpang pada 2017
Changi Airport Group melakar detik bermakna dalam sejarah penubuhannya apabila mencatat pengendalian 60 juta penumpang pada 2017.
![Lapangan Terbang Changi ambil robot sebagai 'tukang cuci' Lapangan Terbang Changi ambil robot sebagai 'tukang cuci'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/41502412486_ChangiAirport.jpg)
Lapangan Terbang Changi ambil robot sebagai 'tukang cuci'
Lapangan Terbang Antarabangsa, Changi memperkenalkan empat robot sebagai petugas pembersih, lapor Chanel News Asia.
![Viral kerana 'kacak', Lapangan Terbang Changi dedah identiti polis bantuan Viral kerana 'kacak', Lapangan Terbang Changi dedah identiti polis bantuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/51476782277_ChangiAuxiliary.jpg)
Viral kerana 'kacak', Lapangan Terbang Changi dedah identiti polis bantuan
Pegawai berkenaan bernama Lee Minwei yang berusia 22 tahun dan telah berkhidmat Lapangan Terbang Changi selama tujuh bulan.
![Pesawat Singapore Airlines mengalami kerosakan teknikal Pesawat Singapore Airlines mengalami kerosakan teknikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/81434893918_SINGAPOREAIRLINES.jpg)
Pesawat Singapore Airlines mengalami kerosakan teknikal
'Nose gear' atau roda ketiga sebuah pesawat Singapore Airlines telah mengalami kerosakan di Lapangan Terbang Changi, Singapura pagi tadi.
![Singapura tutup lapangan terbang seletar Singapura tutup lapangan terbang seletar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/41371651400_295x200.jpg)
Singapura tutup lapangan terbang seletar
Penutupan terkini itu adalah bagi tempoh 12 jam sehingga 11 malam dan mungkin dilanjutkan, bergantung kepada tahap penglihatan.