LOS ANGELES: Pelakon terkenal Hollywood, Alec Baldwin menegaskan bukan beliau memetik picu pistol yang telah melepaskan peluru hidup serta meragut nyawa kru penggambaran filem 'Rust'.
Baldwin berkata demikian dalam temu bual eksklusif bersama ABC yang disiarkan pada Rabu.
"Picu pistol berkenaan tidak dipetik. Saya tidak memetik picu pistol itu.
"Saya tidak akan mengacu pistol kepada seseorang serta memetik picu pistol," katanya dalam temubual pertama berkaitan kejadian pada 21 Oktober di New Mexico.
Pengarah Sinematografi Halyna Hutchins terkorban dalam kejadian tersebut manakala pengarah Joel Souza cedera.
Ketika ini masih tidak pasti jika pihak berkuasa akan mengklasifikasikan kes sebagai 'tidak sengaja'.
Siasatan kini memberi fokus kepada bagaimana peluru hidup berada di set penggambaran.
Baldwin, yang terkenal dengan wataknya sebagai pegawai eksekutif saluran TV dalam siri komedi '30 Rock', mengamalkan sikap tidak menonjolkan diri sejak kejadian tembakan itu berlaku.
Dua kru penggambaran telah menfailkan saman sivil terhadap Baldwin serta penerbit dan beberapa individu lain.
Astro Awani
Thu Dec 02 2021

Baldwin berkata demikian dalam temu bual eksklusif bersama ABC yang disiarkan pada Rabu. - Foto AP
Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 hingga 5.0 peratus - SME Bank
Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) menyatakan bahawa jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi Madani yang menekankan pertumbuhan mampan dan kesejahteraan rakyat.
Perdagangan borong dan Runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan bahawa subsektor perdagangan runcit dan perdagangan borong menjadi pemacu utama pertumbuhan, manakala subsektor kenderaan bermotor mencatatkan penurunan.
Sekolah terjejas akan terima peruntukan baik pulih
Bantuan antara RM5,000 hingga RM10,000 setiap sekolah terjejas banjir akan disalurkan melalui Tabung Pendidikan Negeri Sabah bagi tujuan pembersihan, pengemasan semula serta penggantian kemudahan yang rosak.

Polis lengkapkan kertas siasatan doktor berkelakuan tidak senonoh
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes doktor perubatan yang ditahan kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap pesakitnya.

SPRM tahan pengarah syarikat disyaki terbabit pengubahan wang haram jual beli kapal tangki
Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu ditahan kira-kira 4.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Johor.
KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Selangor menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak paket bernilai RM200,000

Pulau Pinang peruntuk lebih RM49 juta untuk program i-Sejahtera Fasa 1 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM49.45 juta kepada 274,151 penerima Program i-Sejahtera Fasa 1 2025.

Inspektor tunjuk reaksi wajah 'kosong’ ibu Zayn Rayyan di mahkamah
Nina Syamimi berkata, maksud kosong itu ialah tiada sebarang reaksi daripada pengadu, yang juga ibu kepada kanak-kanak autisme berkenaan, pada ketika itu.
AWANI Ringkas: Lima video 'deepfake' penipuan pelaburan dikesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy merupakan satu bentuk bailout bagi menyelamatkan syarikat berkenaan.

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Pelakon Alec Baldwin ucap terima kasih kepada penyokong selepas tuduhan digugurkan
Pelakon Amerika Syarikat (AS) Alec Baldwin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokongnya selepas kes pembunuhan tanpa niat terhadapnya digugurkan oleh seorang hakim di New Mexico.

Pengendali senjata api filem Rust dipenjara 18 bulan
PENGENDALI senjata api untuk filem bajet, Rust, Hannah Gutierrez-Reed dihukum penjara 18 bulan pada Isnin berhubung insiden kematian ahli sinematografi, selepas ditembak aktor, Alec Baldwin.

Alec Baldwin didakwa sekali lagi bunuh tanpa sengaja
Pertuduhan bunuh tanpa sengaja yang pertama terhadap Baldwin diterangkan dalam dokumen mahkamah sebagai "penggunaan senjata api secara cuai."

Keluarga Halyna Hutchins bakal kemuka saman terhadap Alec Baldwin
Peguam keluarga mangsa berkata pelakon itu "tidak boleh lepas daripada tanggungjawab" yang menyebabkan kematiannya.

Tuduhan membunuh terhadap pelakon Alec Baldwin digugurkan
Tuduhan terhadap Alec Baldwin atas pendakwaan membunuh tanpa sengaja di lokasi penggambaran filem Rust telah digugurkan.

Alec Baldwin mengaku tidak bersalah tembak ahli sinematografi
Alec Baldwin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh tanpa sengaja ahli sinematografi, Halyna Hutchins.

Pertuduhan membunuh petugas set pada 2021 ke atas Baldwin dikurangkan
Pendakwa raya telah mengurangkan pertuduhan terhadap pelakon dan penerbit Amerika Alec Baldwin berkaitan kematian seorang petugas set filem 'Rust" pada 2021.

Alec Baldwin didakwa secara rasmi tembak mati kru penggambaran
Alec Baldwin didakwa secara rasmi atas pertuduhan menembak mati seorang ahli sinematografi filem di set penggambaran pada Oktober 2021.

Tembakan di set filem: Pelakon Alec Baldwin akan didakwa
Pelakon dan penerbit Amerika Alec Baldwin akan didakwa atas pertuduhan menembak maut kru filem di set penggambaran filem baharunya Rust pada 2021.