BANGKOK: Kabinet Thailand hari ini meluluskan pelan membeli 50,000 set ubat Molnupiravir atau dua juta pil antivirus COVID-19 itu bagi membendung pandemik di negara berkenaan.
Timbalan Jurucakap Kerajaan, Traisulee Traisoranakul, berkata Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha yang mempengerusikan mesyuarat kabinet hari ini, bersetuju memperuntukkan 500 juta bhat untuk membeli Molnupiravir, pil pertama yang dibangunkan bagi merawat gejala COVID-19.
Semalam, penasihat Jabatan Perkhidmatan Perubatan, Dr Atthasit Srisubat, berkata Kementerian Kesihatan Awam merancang membeli dua pil antivirus COVID-19 - Molnupiravir dan Paxlovid untuk kegunaan negara itu beserta beberapa rawatan dan vaksin lain bagi mengekang pandemik.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul berkata pil Molnupiravir akan digunakan sebagai rizab ubat keselamatan.
Beliau berkata ia akan digunakan untuk merawat pesakit COVID-19 serta kumpulan keutamaan dan berisiko tinggi termasuk mereka berusia lebih 60 tahun serta yang mempunyai masalah kesihatan termasuk penyakit kesihatan respiratori kronik, penyakit jantung, barah, diabetes serta buah pinggang.
"Kos satu set sekali makan ubat Favipiravir berharga 1,000 bhat atau lebih jika ia diimport, manakala bagi set Molnupiravir adalah kira-kira 10,000 bhat. Doktor akan memutuskan bagaimana menggunakannya.
"Ketika menimbang untuk membeli, kita mesti fikirkan kualiti. Kita tidak kedekut tetapi setiap bhat yang dibelanjakan mesti berbaloi," katanya.
Semalam, Dr Atthasit berkata, pil COVID-19 molnupiravir yang dihasilkan syarikat Amerika Syarikat, Merck, Sharp and Dohme (Ms) dan Ridgeback Biotherapeutics dijangka akan menyerahkan ubat berkenaan pada lewat Disember atau Januari tahun depan.
Beliau berkata kementerian akan meneruskan rundingan dengan syarikat Pfizer Inc mengenai pil Paxlovid pada Jumaat ini.
Molnupiravir adalah ubat antivirus untuk COVID-19 pertama yang diluluskan badan kawalan ubat United Kingdom.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 09 2021

Kabinet Thailand hari ini meluluskan pelan membeli 50,000 set ubat Molnupiravir atau dua juta pil antivirus COVID-19 itu bagi membendung pandemik di negara berkenaan. - Gambar fail/REUTERS

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isteri hilang ditemui maut bersama 'kekasih gelap'
Seorang lelaki di Thailand yang mencari isteri hilang dikejutkan dengan penemuan wanita itu yang maut bersama bersama kekasihnya dalam kereta diletakkan di jalan dekat wilayah tengah Chachoengsao.

Upah tinggi faktor rakyat tempatan sanggup jadi tali barut bawa masuk PATI
Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak sebagai tekong darat.

Sindiket penipuan kerja Myanmar: Kementerian Luar bantu 15 rakyat Malaysia di Thailand
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok kini berhubung rapat dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesahkan identiti rakyat Malaysia yang terlibat.

Keputusan kes dadah penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain diketahui 6 Mac
Mahkamah Wilayah Narathiwat akan membuat keputusan kes dadah membabitkan penyanyi terkenal Kelantan bersama suami dan empat rakannya pada 6 Mac depan.

TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu, semalam dan hari ini.

Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.

ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir
Kekalahan itu sekali gus melenyapkan impian anak buah Badrul Afzan Razali untuk ke pusingan kalah mati selepas jatuh ke kedudukan keempat.

Rizal Tisin kini bimbing skuad berbasikal trek Thailand
Mohd Rizal berkata beliau diberikan kontrak selama setahun oleh Thaicycling Association.

Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand - Narong Sangprasita
Aktiviti seks yang kelihatan di depan mata di beberapa wilayah Thailand bertentangan dengan undang-undang negara itu.