BANGKOK: Kerajaan baharu Thailand merancang meluluskan undang-undang baharu yang melarang penggunaan ganja untuk kegunaan rekreasi, selepas 18 bulan membenarkan penggunaannya dan menjadi negara pertama di Asia menyahkriminalisasikan larangan itu, lapor CNN.
Undang-undang yang dilonggarkan itu telah menyaksikan peningkatan industri ganja kepada penduduk tempatan dan pelancong asing.
Tetapi, kerajaan baharu Thailand berikrar untuk mengetatkan peraturan penggunaan ganja dan hanya membenarkan untuk tujuan perubatan sahaja.
Draf undang-undang yang dikeluarkan Selasa lalu oleh Kementerian Kesihatan Thailand telah menggariskan denda tinggi atau hukuman penjara sehingga satu tahun untuk pesalah atau kedua-duanya sekali.
Selain itu, kerajaan juga mengalu-alukan makluman orang mengenai undang-undang tersebut.
Perdana Menteri Srettha Thavisin pada September menyatakan bahawa kerajaan baharunya akan 'membetulkan' undang-undang mengenai ganja dalam tempoh enam bulan akan datang.
Menghisap ganja di khalayak ramai adalah menyalahi undang-undang walau di bawah undang-undang yang dilonggarkan itu, tetapi undang-undang baharu yang dicadangkan ini turut mengharamkan kempen pengiklanan dan pemasaran ekstrak ganja serta produk ganja lain.
Difahamkan, Srettha secara lantang melarang penggunaan ganja bagi tujuan rekreasi dan menyatakan dalam beberapa wawancara bahawa penyalahgunaan dadah adalah 'masalah besar' kepada Thailand.
"Kami sedang merangka undang-undang untuk melarang penggunaan ganja secara tidak betul. Semua penggunaan untuk tujuan rekreasi adalah salah," kata Menteri Kesihatan, Cholnan Srikaew. - Agensi/Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 16 2024

Srettha difahamkan melarang penggunaan ganja bagi tujuan rekreasi dan menyatakan dalam beberapa wawancara bahawa penyalahgunaan dadah adalah 'masalah besar' kepada Thailand. - Gambar hiasan/Instagram Thai Cannabis Club
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

PGA tahan lelaki bawa ganja lebih 16 kg di pangkalan haram
PGA Briged Tenggara menahan seorang lelaki berusia 23 tahun dan merampas 16.17 kg dadah jenis ganja dianggarkan bernilai lebih RM50,000, di pangkalan haram Hassan Merah dekat Rantau Panjang.

38.6 kg dadah dirampas, lebih 2,000 individu ditahan di Perak sejak Januari
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak merampas 38.6 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM770,766 menerusi Op Tapis sejak Januari hingga semalam.

Penganggur ditahan bersama ganja bernilai lebih RM50,000
Polis menahan seorang penganggur dan merampas 16.6 kilogram (kg) ganja dianggar bernilai RM51,646.

Along Cham sujud syukur lepas tanpa bebas satu kes dadah
Bagaimanapun, Along Cham dituduh semula di Mahkamah Majistret di Sepang atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dadah.

Dua penganggur didakwa edar, miliki dadah
Seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Singapura didakwa di tiga Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar serta memiliki pelbagai jenis dadah pada Disember tahun lepas.

Miliki ganja ketika umrah: Pelawak popular dipenjara 6 bulan di Jeddah
Miliki ganja ketika umrah: Pelawak popular dipenjara 6 bulan di Jeddah

Along Cham mengaku tidak bersalah miliki ganja
Pelakon dan pelawak, Along Cham mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan memiliki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 58.23 gram, Sabtu minggu lalu.

Artis lelaki ditahan kes ganja terjebak penagihan sejak 8 tahun lalu - Polis
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, siasatan sedang dijalankan untuk dilengkapkan sebelum dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya.

60 pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah
Polis menahan 60 individu termasuk empat warga asing yang berusia 20 hingga 42 tahun kerana positif dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pada Sabtu lalu.

KPT serah kepada polis siasat kes pelajar IPT ditahan bersama ganja
Zambry berkata pihak polis akan mengambil langkah mengikut undang-undang terhadap pelajar IPT berkenaan sekiranya dipercayai terlibat dalam jenayah itu.