BANGKOK: Vaksin tempatan RNA messenger (mRNA) COVID-19 Thailand dikenali ChulaCov19 dijangka tersedia pada akhir tahun ini atau awal tahun depan.
Wakil jurucakap Kementerian Luar Natapanu Nopakun berkata calon vaksin, yang dibangunkan Universiti Chulalongkorn itu sedang di fasa ketiga ujian klinikal dan menunjukkan kemajuan memberangsangkan.
"Jika terbukti berjaya, Thailand mungkin menjadi negara pertama di ASEAN menghasilkan vaksin COVID-19.
"Pasukan penyelidik (Universiti Chulalongkorn) berharap menjelang akhir tahun ini atau awal tahun depan, negara sudah mula mengeluarkan dos vaksinnya sendiri," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini .
ChulaCov19 direka dan dibangunkan sekumpulan penyelidik Thailand yang bekerjasama dengan Profesor Universiti Pennsylvania Drew Weissman.
Selain ChulaCov19, pada September Thailand juga akan memulakan ujian ke atas manusia menggunakan vaksin COVID-19 berasaskan tumbuhan dan dijangka siap tahun depan. Vaksin subunit itu dibangunkan Pusat Penyelidikan Vaksin Chulalongkorn University dan Baiya Phytopharm Co. Ltd. (Baiya Phytopharm).
Sementara itu, angka kematian COVID-19 Thailand mencecah 10,000 hari ini selepas 297 orang lagi meninggal dunia dalam tempoh 24 jam.
Setakat ini, COVID-19 telah meragut 10,085 nyawa sejak ia dikesan di Thailand Januari tahun lalu.
Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan berkata, kematian baharu melibatkan 151 lelaki dan 146 wanita berusia antara 17 hingga 104 tahun, termasuk lima warga Myanmar dan seorang rakyat China.
"Purata kematian di Thailand sekarang adalah 0.91 peratus," katanya.
Dalam tempoh 24 jam, Thailand mencatat 18,417 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan negara berjumlah 1,102,368.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 25 2021

Vaksin tempatan RNA messenger (mRNA) COVID-19 Thailand dikenali ChulaCov19 dijangka tersedia pada akhir tahun ini atau awal tahun depan. - Gambar hiasan/BERNAMA
[TERKINI] ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
ADUN Ayer Kuning, Perak Ishsam Shahruddin, 58 tahun, dilaporkan meninggal dunia hari ini selepas tidak sedarkan diri rebah ketika perlawanan bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
"..tapi mereka sebelum apa-apa dah tuduh kita paksa sokong PM.." - PM
Perdana Menteri menjawab kepada soalan wartawan berkenaan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang bahawa mandat telah diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri tetapi mereka masih berdolak dalih.
#AWANInews
#AWANInews
Penutupan separa LRA Telibong, gangguan air di KK & Tuaran
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi gangguan bekalan air susulan penutupan separa kecemasan di Loji Rawatan Air Telibong II fasa I.
Gabungan pemimpin berpengalaman dan belia kukuhkan PN
Perikatan Nasional (PN) YAKIN Gabungan kepimpinan berpengalaman bersama barisan anak muda dapat memeperkukuhkan lagi kedudukannya.
Angkat martabat, selesaikan masalah rakyat
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee menyatakan rakyat Sabah bijak dalam menentukan masa depan politik mereka.
Jambatan Muara Lassa hubungkan Pulau Bruit ke Matu & Daro
Jambatan Muara Lassa sepanjang 2.43 kilometer dengan kos RM600 juta yang menghubungkan pulau Bruit ke Matu dan Daro bertujuan meningkatkan akses darat bagi penduduk kawasan luar bandar.
462 diperiksa, 139 PATI ditahan sekitar Tawau dan Semporna
Seramai 462 orang diperiksa dan 139 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan melalui OP Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah sekitar daerah daerah Tawau dan Semporna pada Jumaat dan Sabtu.
ATM perkukuh semangat patriotik penduduk Pantai Timur Sabah
Program kenegaraan dalam kalangan penduduk Pantai Timur Sabah anjuran ATM menekankan pengisian kesedaran keselamatan serta pengukuhan nilai-nilai patriotik dan cintakan tanah air.
"Mengingatkan kepada teguran, kritikan dan hasrat rakyat.." - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu antara tujuan permukiman jemaah menteri ini adalah untuk menilai prestasi kerja para menteri supaya dapat diperbaiki berikutnya. Walaupun ada beberapa angka pencapaian membanggakan, namun ada juga masalah yang perlu dilakukan penyesuaian, tambah beliau.
#AWANInews
#AWANInews

Permukiman Jemaah Menteri: PM Anwar puji kesungguhan, akui ada ruang untuk penambahbaikan
Sidang penilaian prestasi ini berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik dan penjawat awam.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isteri hilang ditemui maut bersama 'kekasih gelap'
Seorang lelaki di Thailand yang mencari isteri hilang dikejutkan dengan penemuan wanita itu yang maut bersama bersama kekasihnya dalam kereta diletakkan di jalan dekat wilayah tengah Chachoengsao.

Upah tinggi faktor rakyat tempatan sanggup jadi tali barut bawa masuk PATI
Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak sebagai tekong darat.

Sindiket penipuan kerja Myanmar: Kementerian Luar bantu 15 rakyat Malaysia di Thailand
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok kini berhubung rapat dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesahkan identiti rakyat Malaysia yang terlibat.

Keputusan kes dadah penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain diketahui 6 Mac
Mahkamah Wilayah Narathiwat akan membuat keputusan kes dadah membabitkan penyanyi terkenal Kelantan bersama suami dan empat rakannya pada 6 Mac depan.

TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu, semalam dan hari ini.

Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.

ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir
Kekalahan itu sekali gus melenyapkan impian anak buah Badrul Afzan Razali untuk ke pusingan kalah mati selepas jatuh ke kedudukan keempat.

Rizal Tisin kini bimbing skuad berbasikal trek Thailand
Mohd Rizal berkata beliau diberikan kontrak selama setahun oleh Thaicycling Association.

Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand - Narong Sangprasita
Aktiviti seks yang kelihatan di depan mata di beberapa wilayah Thailand bertentangan dengan undang-undang negara itu.