Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) memberi tempoh sebulan untuk menyiasat punca pesawat pejuang 'Gripen' terhempas di Lapangan Terbang Hatyai, semalam.
Pengarah Pejabat Keselamatan RTAF Naib Marshal Udara, Sorakit Mangsing berkata tempoh itu diperlukan untuk menyiasat pelbagai faktor yang mungkin menyebabkan kemalangan tersebut.
"Pelbagai faktor perlu dikaji termasuk keadaan juruterbang, persekitaran di udara dan lain-lain. Ia juga perlu mengambil kira faktor sains dan kejuruteraan. Siasatan awal belum menunjukkan tentang punca," katanya kepada pemberita hari ini.
Bagaimanapun, katanya, pesawat berada dalam keadaan baik sebelum penerbangan semalam dan telah menjalani pemeriksaan teliti, manakala juruterbang juga dalam keadaan sihat.
Sementara itu, suasana hiba menyelubungi Hospital Songkla Nakharin, Hatyai apabila keluarga juruterbang, Kapten Dilokrit Patawee, 35, tiba untuk menuntut mayatnya bagi dibawa pulang ke Bangkok.
Dalam kejadian pukul 9.27 pagi waktu tempatan (10.27 waktu Malaysia) semalam, pesawat pejuang 'Gripen' buatan Sweden yang dipandu Dilokrit terhempas ketika mengadakan penerbangan pertunjukkan sempena sambutan Hari Kanak-Kanak di Lapangan Terbang Hatyai.
Kemalangan ngeri itu berlaku di hadapan ratusan penonton termasuk kanak-kanak yang hadir untuk menyaksikan pertunjukkan udara tersebut.
RTAF memiliki kira-kira 16 pesawat pejuang moden buatan syarikat Saab dari Sweden itu, dengan kebanyakannya beroperasi dari pangkalan udara di Surat Thani, selatan Thailand.
Thailand merupakan pengguna tunggal pesawat pejuang 'Gripen' di rantau Asia Tenggara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2017
Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) memberi tempoh sebulan untuk menyiasat punca pesawat pejuang 'Gripen' terhempas. - fotoBERNAMA
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
AWANI Ringkas: Isu 'Ham': Polis rakam keterangan Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand jangka tempoh sebulan siasat punca pesawat 'Gripen' terhempas
Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) memberi tempoh sebulan untuk menyiasat punca pesawat pejuang 'Gripen' terhempas di Lapangan Terbang Hatyai, semalam.
Kementerian Pertahanan nafi dapatkan pesawat Gripen
Malaysia hanya akan membuat pembelian terus untuk mendapatkan aset ketenteraan dan bukannya melalui sewaan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.