BANGKOK: Thailand dan Kemboja bersedia untuk meningkatkan hubungan dua hala kepada "Perkongsian Strategik" yang akan membuka banyak peluang baharu kerjasama lebih erat, termasuk dalam bidang ekonomi, keselamatan, pelancongan dan pembangunan sempadan.
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin selepas bertemu rakan sejawatannya dari Kemboja Hun Manet yang sedang dalam lawatan rasmi sulung ke negara itu pada Rabu.
Srettha berkata perbincangan beliau dan Hun Manet sangat komprehensif.
"Kami berdua berkongsi komitmen yang sama untuk memupuk kerjasama yang lebih erat antara Thailand dan Kemboja, berasaskan rasa percaya, saling menghormati dan saling membantu," katanya pada sidang media bersama di Rumah Kerajaan pada Rabu.
Srettha berkata Thailand akan membuka Konsulat Jeneral baharu di Siem Reap manakala Kemboja bersedia membuka Konsulat Jeneral baharu di Songkhla pada tahun ini.
Beliau berkata kedua-dua negara juga akan mengukuhkan kerjasama dalam memerangi jenayah rentas negara, khususnya rangkaian penipuan siber.
Srettha berkata Thailand dan Kemboja bersetuju untuk membincangkan lebih lanjut mengenai penerokaan bersama sumber hidrokarbon di Kawasan Tuntutan Bertindih antara kedua-dua negara.
"Thailand dan Kemboja mengimport sejumlah besar bahan api asli setiap tahun, kami berbincang dan bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang keterjaminan tenaga," katanya.
Srettha berkata Thailand dan Kemboja akan menyegerakan kerjasama ekonomi untuk meningkatkan jumlah perdagangan dua hala.
Tahun lepas, jumlah dagangan dua hala berjumlah kira-kira US$8 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2024

Srettha berkata Thailand akan membuka Konsulat Jeneral baharu di Siem Reap manakala Kemboja bersedia membuka Konsulat Jeneral baharu di Songkhla pada tahun ini. - Gambar fail/Bernama

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Honda, Nissan batal pelan penggabungan, teruskan perkongsian strategik
Pelan itu sepatutnya menjadikan gabungan itu sebagai kumpulan automotif ketiga terbesar di dunia dari segi jumlah pengeluaran.

Rusia, ASEAN ikrar perkukuh hubungan diplomatik, keselamatan dan ekonomi
Sepanjang 30 tahun lepas, hubungan antara Rusia dan ASEAN telah berkembang menjadi perkongsian strategik yang saling menguntungkan.

Malaysia sedia menerajui hubungan ASEAN-Australia yang lebih kukuh
Malaysia sedia main peranan berkesan dalam memudahkan usaha ASEAN untuk meningkatkan dialog dan perkongsian strategik dengan Australia.

Putin ucap terima kasih kepada Kim Jong Un atas sambutan mesra
Vladimir Putin menerusi kiriman Telegram kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, menzahirkan penghargaan atas sambutan dan layanan mesra yang diterima semasa lawatannya ke negara itu baru-baru ini.

Malaysia, Uzbekistan boleh jalin perkongsian strategik bidang berkaitan kepentingan umat Islam
Kedua-dua negara majoriti Islam itu boleh bekerjasama sebagai pasukan yang kuat dalam pelbagai bidang yang mempunyai minat khusus umat Islam.

Thailand dan UK akan bentuk perkongsian strategik
Thailand dan United Kingdom akan mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sebagai satu Perkongsian Strategik pada Rabu.

Thailand, Kemboja jalin usaha sama strategik
Thailand dan Kemboja bersedia untuk meningkatkan hubungan dua hala kepada "Perkongsian Strategik" yang akan membuka banyak peluang baharu kerjasama lebih erat.

Hubungan dua hala Korea Selatan, Malaysia bakal dinaik taraf kepada perkongsian strategik - Duta
Perkongsian itu akan mencorakkan hala tuju untuk mengadakan lebih banyak kerjasama berpotensi dalam segenap aspek.

Hubungan Malaysia-UAE dipertingkat kepada perkongsian strategik
Nilai dagangan Malaysia-UAE meningkat 90.4 peratus pada lapan bulan pertama 2022 iaitu sebanyak RM25.6 bilion.

Karnival Usahawan Desa tawar jualan secara maya
Karnival akan berlangsung secara berperingkat iaitu Booth Digital dan Jualan Siber (11 dan 15 Nov) manakala Jualan Mega pada 4 Dis hingga 6 Dis.