BANGKOK: Thailand mengenakan larangan import terhadap semua spesies iguana dalam usaha mengawal lonjakan populasi reptilia itu yang banyak merosakkan tanaman dan menimbulkan masalah kepada penduduk.
Jurucakap kerajaan Chai Wacharonke menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan bilangan iguana yang merosakkan tanaman hingga menimbulkan kesulitan kepada petani.
"Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengeluarkan larangan import terhadap semua spesies iguana dalam keluarga Iguanidae yang dilindungi di bawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies-Spesies Terancam (CITES) ke Thailand, berkuat kuasa 17 November sehingga diberitahu kelak," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Chai berkata bahawa sebanyak 244 individu di Thailand memiliki 3,419 iguana dan mendaftar dengan Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Konservasi Tumbuhan dengan Chonburi mencatat jumlah iguana terbanyak iaitu 982.
"Jika keadaan dapat dikawal, kementerian mungkin akan mempertimbangkan untuk menarik balik larangan ini," katanya.
Minggu lalu, Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Konservasi melaporkan peningkatan jumlah iguana hijau di wilayah Lopburi.
Merujuk kepada peningkatan jumlah iguana hijau di wilayah Lopburi, Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Konservasi menjelaskan bahawa iguana ini adalah dari spesies "non-native" yang tidak wujud secara semula jadi di Thailand.
Jabatan itu menegaskan bahawa pelepasan reptilia ini secara tidak sah adalah kesalahan serius yang boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, denda 50,000 baht atau kedua-duanya seperti termaktub dalam Akta Konservasi dan Perlindungan Haiwan Liar 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023

Jurucakap kerajaan Chai Wacharonke menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan bilangan iguana yang merosakkan tanaman hingga menimbulkan kesulitan kepada petani. - Gambar Sinar Harian
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isteri hilang ditemui maut bersama 'kekasih gelap'
Seorang lelaki di Thailand yang mencari isteri hilang dikejutkan dengan penemuan wanita itu yang maut bersama bersama kekasihnya dalam kereta diletakkan di jalan dekat wilayah tengah Chachoengsao.

Upah tinggi faktor rakyat tempatan sanggup jadi tali barut bawa masuk PATI
Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak sebagai tekong darat.

Sindiket penipuan kerja Myanmar: Kementerian Luar bantu 15 rakyat Malaysia di Thailand
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok kini berhubung rapat dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesahkan identiti rakyat Malaysia yang terlibat.

Keputusan kes dadah penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain diketahui 6 Mac
Mahkamah Wilayah Narathiwat akan membuat keputusan kes dadah membabitkan penyanyi terkenal Kelantan bersama suami dan empat rakannya pada 6 Mac depan.

TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu, semalam dan hari ini.

Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.

ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir
Kekalahan itu sekali gus melenyapkan impian anak buah Badrul Afzan Razali untuk ke pusingan kalah mati selepas jatuh ke kedudukan keempat.

Rizal Tisin kini bimbing skuad berbasikal trek Thailand
Mohd Rizal berkata beliau diberikan kontrak selama setahun oleh Thaicycling Association.

Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand - Narong Sangprasita
Aktiviti seks yang kelihatan di depan mata di beberapa wilayah Thailand bertentangan dengan undang-undang negara itu.