BANGKOK: Thailand akan menguatkuasakan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) untuk kenderaan persendirian bermula 5 Sept.
Pindaan Akta Trafik Darat menetapkan kanak-kanak di bawah umur enam tahun wajib menggunakan CRS untuk mengelakkan kecederaan.
Di bawah pindaan undang-undang itu, membenarkan penggunaan CRS berharga antara 600 hingga 700 baht berbanding CRS yang harganya melebihi 10,000 baht setiap satu.
Selain itu, Thailand akan mewajibkan penggunaan tali pinggang keledar untuk pemandu dan semua penumpang depan dan belakang.
Mereka yang gagal mematuhi peraturan ini boleh didenda maksimum 2,000 baht.
Bagaimanapun, pemandu, penumpang dan kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan dikecualikan daripada penggunaan tali pinggang keledar, tetapi mesti mengambil langkah alternatif untuk mengelakkan kecederaan jika berlaku kemalangan.
Pindaan itu diterbitkan dalam Warta Diraja dan berkuat kuasa pada 5 Sept.
Sementara itu, Pengerusi Rangkaian Serantau Asia-Pasifik Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengenai Keselamatan Jalan Raya, Nikorn Chamnog menggesa pihak berkuasa untuk meningkatkan kesedaran dan panduan mengenai penggunaan CRS.
Nikorn berkata Thailand mengkaji penggunaan CRS di Malaysia dan Filipina.
"Fasa awal pelaksanaan mungkin sukar kerana harga CRS yang mahal. Ia mungkin ambil sedikit masa," katanya.
Justeru, beliau menggesa kerajaan menurunkan cukai import CRS dan mempromosikan produk tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 09 2022

Thailand akan menguatkuasakan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) untuk kenderaan persendirian bermula 5 Sept. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Thailand kuat kuasa penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak mulai September
Thailand akan menguatkuasakan penggunaan kerusi keselamatan kana-kanak (CRS) untuk kenderaan persendirian bermula 5 Sept.

Penguatkuasaan kerusi keselamatan kanak-kanak berperingkat - Loke
Kerajaan mewajibkan penggunaan CRS dalam kereta bermula 1 Januari tahun depan.

Kedah akan kemuka usul pemasangan 'child seat'
Kerajaan Kedah akan mengemukakan usul kepada Kerajaan Persekutuan berkaitan pemasangan 'child seat' dalam kenderaan.