BANGKOK: Lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak berusia antara 8 dan 14 tahun yang keluar untuk mengumpul pasir sungai bagi kerja-kerja pembinaan rumah, ditemukan lemas di wilayah timur laut Surin pada Isnin.
Mangsa dari daerah Satuek Buriram itu terdiri daripada lelaki berusia 45 tahun, anak perempuannya berusia 23 tahun serta tiga anak saudaranya masing-masing berusia 8,11 dan 14 tahun.
Mereka berlima bertolak ke Sungai Mun di daerah Chumphon Buri di Surin untuk mengutip pasir bagi projek memasang jubin rumah.
Setelah mendapati mereka tidak pulang ke rumah pada waktu petang, ahli keluarga bergegas ke tebing sungai dan menemukan barangan milik mereka termasuk pakaian, selipar serta trak ladang di kawasan berhampiran.
Mereka kemudiannya menghubungi polis dan pasukan penyelamat.
Selepas beberapa jam operasi mencari dan menyelamat dilancarkan, pasukan penyelamat menemukan mayat-mayat itu dalam sungai. Pemeriksaan mendapati kelima-limanya lemas.
Ketua Pertubuhan Pentadbiran Daerah Krasang (SAO), Supakit Hemngen berkata seorang daripada kanak-kanak itu dipercayai hanyut dibawa arus deras dan cuba diselamatkan oleh anggota keluarga yang lain tetapi mereka turut lemas.
"SAO komited untuk menyediakan bantuan dan pampasan kepada keluarga mangsa dalam masa yang sukar ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 12 2023
![Thailand: Lima sekeluarga lemas semasa angkut pasir Thailand: Lima sekeluarga lemas semasa angkut pasir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61677737770_lemas.jpg)
Lima sekeluarga yang keluar untuk mengumpul pasir sungai bagi kerja-kerja pembinaan rumah, ditemukan lemas di wilayah timur laut Surin pada Isnin. - Gambar fail
![KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan dalam proses mencari pengganti Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontrak.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya empat maut, letupan pusat beli-belah di Taiwan
Sekurang-kurangnya empat orang disahkan maut dalam satu insiden letupan di sebuah pusat beli-belah di Taiwan.
![Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429889_MAJLISPENYERAHANBI.jpg)
Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im
MAIWP berkata, sebanyak RM230.63 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2025 untuk meningkatkan modal insan, dengan RM5.8 juta adalah untuk bantuan biasiswa.
![Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000 Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739431283_NursyafiqahHermansh.jpg)
Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000
Nursyafiqah Hermanshah, 27, didakwa menipu Afreena Suhaimi, 33, sehingga mendorong mangsa membayar wang berjumlah RM105,380 kepada tertuduh melalui 26 transaksi ke lima akaun berbeza.
[TERKINI] Harga lantai belian padi diselaras RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa Ahad ini
Kerajaan bersetuju menyelaraskan harga belian lantai padi kepada RM1,500 per tan berbanding RM1,300 per tan berkuat kuasa Ahad ini.
![Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429986_tbFahmiFadzilDewan.jpg)
Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.
AWANI Ringkas: PPR: RM185 juta diperuntuk baik pulih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739427948_tbAnwarIbrahimmel.jpg)
PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM
Kerajaan telah memperuntukkan RM185 juta untuk projek baik pulih 358 Program Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara tahun ini.
![4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan 4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739429620_TBTaiwanExplosion.jpg)
4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan
Insiden berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan dipercayai berpunca daripada letupan gas membabitkan kerja-kerja perobohan di tingkat 12.
"Sebab itu Machang tidak maju" - PM Anwar
Perdana Menteri menjawab persoalan dari Ahli Parlimen Machang mengenai isu kejatuhan saham ekonomi negara.
“Saya akan kaji beberapa keperluan untuk Machang supaya Machang boleh maju sedikit lagi"katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
“Saya akan kaji beberapa keperluan untuk Machang supaya Machang boleh maju sedikit lagi"katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Kereta terbakar akibat langgar lembu, 5 sekeluarga nyaris maut Kereta terbakar akibat langgar lembu, 5 sekeluarga nyaris maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/61591567439_Limasekeluargaker.jpg)
Kereta terbakar akibat langgar lembu, 5 sekeluarga nyaris maut
Kesemua mangsa berusia tiga hingga 40 tahun berjaya diselamatkan pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu.
![5 sekeluarga maut dalam nahas pesawat 5 sekeluarga maut dalam nahas pesawat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/81575003358_TBCANADA.jpg)
5 sekeluarga maut dalam nahas pesawat
Juruterbang Otabek Oblokulov, isteri dan tiga anaknya yang berusia 3, 11 dan 15, maut apabila pesawat malang yang dinaiki mereka itu terhempas di kawasan hutan berhampiran Kingston.