BANGKOK: Thailand akan memulakan program vaksinasi COVID-19 menjelang akhir minggu ini selepas negara itu dijadual menerima dua vaksin - Sinovac Biotech dari China dan Oxford-AstraZeneca hari ini (24 Feb).
Thailand akan menerima kumpulan pertama 200,000 daripada 2 juta dos vaksin yang dibangunkan syarikat farmaseutikal China itu hari ini. Vaksin itu diberi kelulusan untuk kegunaan kecemasan berkuat kuasa 22 Feb.
Pada masa sama, Thailand juga akan menerima 200,000 dos vaksin Oxford-AstraZeneca COVID-19 dari dua pengeluar hari ini, kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul.
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha akan menjadi rakyat Thailand pertama yang diberi vaksin COVID-19 bagi membantu meningkatkan keyakinan masyarakat mengenai keselamatan dan keberkesanannya.
Dalam satu hantaran di Facebook semalam, Prayuth berkata suntikan kumpulan sasar pertama akan bermula dalam tempoh tiga hari selepas ketibaan vaksin itu pada Rabu.
Beliau berkata 800,000 dos vaksin Sinovac COVID-19 dari China dijangka tiba pada Mac dan satu juta lagi pada April.
"Sebanyak 26 juta lagi dos vaksin Oxford-AstraZeneca dijangka siap pada Mei dan Jun," katanya. Thailand dilaporkan menempah 61 juta dos vaksin Oxford-AstraZeneca COVID-19.
Sementara itu, Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) meluluskan kumpulan pertama vaksin untuk diagihkan ke 13 wilayah yang mempunyai kadar jangkitan lebih tinggi dalam penularan wabak terbaru termasuk Samut Sakhon, Bangkok, Pathum Thani serta wilayah yang mempunyai kepentingan ekonomi - Chonburi, Phuket, Surat Thani dan Chiang Mai.
Petugas kesihatan barisan hadapan di hospital kerajaan dan swasta serta pesakit yang mempunyai penyakit kronik antara kumpulan pertama yang akan menerima vaksin COVID-19 itu.
Thailand menyasarkan memberi vaksin kepada 50 peratus penduduknya menjelang akhir tahun ini.
Sepanjang 24 jam lalu, Thailand merekodkan 95 kes baharu COVID-19 dan sifar kematian menjadikan jumlah kumulatif di negara itu sebanyak 25,599 dengan 83 kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 23 2021

Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) meluluskan kumpulan pertama vaksin untuk diagihkan ke 13 wilayah yang mempunyai kadar jangkitan lebih tinggi. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

WHO desak perjanjian pandemik baharu selepas AS tarik diri
Tiada negara boleh melindungi diri sendiri daripada pandemik yang akan datang secara bersendirian.

Ringgit ditutup pada 4.12, paras tertinggi dalam tempoh 39 bulan
Ringgit mengakhiri urus niaga Isnin dengan mengukuh, mencecah paras tertinggi dalam tempoh 39 bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Pelancongan global hampiri pemulihan sepenuhnya dengan mencapai 96 peratus tahap sebelum pandemik
Walaupun menghadapi cabaran ekonomi dan geopolitik yang berterusan, sektor pelancongan dijangka pulih sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.

Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan cadang kerajaan tingkat penyelidikan antimikrob
Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Dewan Rakyat mencadangkan kerajaan meningkatkan penyelidikan untuk antimikrob termasuk antibiotik dan antiviral generasi seterusnya bagi menghadapi cabaran AMR.

Festival Menyelam Labuan 2.0 bermula hari ini
Festival Menyelam Labuan 2.0 yang menghimpunkan penyelam dari dalam dan luar negara bermula hari ini dan akan berlangsung hingga Ahad depan.

Negara anggota WHO lanjutkan perbincangan perjanjian pandemik setahun lagi
INB akan meneruskan mandatnya untuk menyampaikan perjanjian itu menjelang Perhimpunan Kesihatan Sedunia pada 2025, atau lebih awal.

97 peratus perniagaan di Malaysia ada wanita dalam pasukan pengurusan kanan - Grant Thornton
Sebanyak 97 peratus perniagaan di Malaysia mempunyai wanita dalam pasukan pengurusan kanannya pada masa ini berbanding 92 peratus pada 2023, sekali gus menunjukkan pertumbuhan yang positif.

Bersedia hadapi pandemik seterusnya - WHO
Persediaan adalah soal bila pandemik akan datang tiba dan bukannya soal jika wujud pandemik seterusnya.

Kejohanan Enrich Sports Game tawar hadiah lumayan RM30,000
Hadiah lumayan hampir RM30,000 bakal menjadi rebutan untuk pemenang Kejohanan Enrich Sports Game yang dijadualkan berlangsung pada 10 Disember ini di Bunga Kemboja Fitness Seri Kembangan, Selangor.