BANGKOK:Polis antirusuhan Thailand menembak gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan penunjuk perasaan antikerajaan yang cuba memotong kawat berduri dan mengalih penghadang konkrit di luar Bangunan Parlimen di sini, menyebabkan sekurang-kurangnya 23 cedera, termasuk lima akibat ditembak.
Ratusan penunjuk perasaan antikerajaan berkumpul di luar Parlimen semasa Ahli Parlimen membincangkan usul untuk meminda perlembagaan sejak 3 petang (waktu tempatan) semalam.
Terdahulu polis telah mengeluarkan amaran tidak membenarkan penunjuk perasaan berada 50 meter dari Bangunan Parlimen.
Walaupun diberi amaran, penunjuk perasaan antikerajaan itu tetap berkumpul di dua tempat iaitu Kiak Kai dan Samsen Road, yang terletak berhampiran Parlimen dan mula mengalihkan penghadang.
Polis antirusuhan menembak meriam air diikuti gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan yang memakai topi keledar dan topeng yang cuba memotong kawat berduri.
Penunjuk perasaan yang marah dengan tindakan polis itu, kemudiannya bertindak membaling bom asap berwarna serta botol air ke arah polis.
Ambulans kelihatan membawa mereka yang cedera ke hospital.
Pusat Perubatan Erawan di Bangkok melaporkan, sekurang-kurangnya 12 orang cedera akibat gas pemedih mata dan lima mengalami kecederaan akibat tembakan di pergelangan tangan, kaki serta perut manakala selebihnya mengalami kecederaan lain.
Kesemua mereka menerima rawatan di hospital berdekatan.
Sementara itu, jurucakap kerajaan Anucha Burapachaisri berkata polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata setelah penunjuk perasaan tidak menghiraukan amaran berulang kali dan cuba membolosi halangan untuk memasuki kawasan Parlimen.
"Polis berulang kali memberi amaran kepada mereka (penunjuk perasaan) supaya tidak masuk tetapi mereka tidak mengendahkannya dan berusaha memusnahkan penghadang. Itulah sebabnya polis mengambil tindakan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Sementara itu, kumpulan menyokong Raja, berpakaian t-shirt kuning yang berkumpul di luar Bangunan Parlimen membantah pindaan perlembagaan, bertembung dengan penunjuk perasaan antikerajaan di Kiak Kai Road.
Saksi melaporkan, kedua-dua kumpulan dilihat saling membaling botol air dan batu.
Sejak pertengahan Julai, penunjuk perasaan antikerajaan telah mengadakan perhimpunan di Bangkok dan bandar-bandar lain mengulangi tuntutan untuk perubahan politik, termasuk perdana menteri meletakkan jawatan, pembubaran Parlimen, pindaan perlembagaan dan reformasi kepada sistem beraja.
Pemimpin tunjuk perasaan, Parit Chiwarak mengumumkan berakhirnya perhimpunan semalam di luar Bangunan Parlimen kira-kira 9 malam (waktu tempatan).
"Perhimpunan besar akan diadakan secara berterusan, mulai esok," katanya kepada penunjuk perasaan.
Peguam hak asasi manusia Arnon Nampa yang merupakan antara pemimpin tunjuk perasaan yang baru-baru ini dibebaskan dari penjara meminta penunjuk perasaan berkumpul di daerah perniagaan Bangkok, Ratchaprasong, hari ini pada pukul 4 petang (waktu tempatan).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 17 2020
Ratusan penunjuk perasaan anti kerajaan berkumpul di luar Bangunan Parlimen ketika Ahli Parlimen sedang membincangkan cadangan pindaan perlembagaan, di Bangkok, Thailand, 17 Nov, 2020. - REUTERS
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek
Pelajar lelaki berusia 17 tahun melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol di kafeteria Sekolah Menengah Antioch.
Lelaki ditahan bawa beg berisi anggota badan isteri
Suspek dikatakan tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah atau terkejut dengan penemuan itu.
Pemindahan besar-besaran selepas kebakaran baharu meletus berhampiran LA
Kebakaran ini berlaku ketika kawasan Los Angeles masih pulih daripada dua kebakaran besar yang telah mengorbankan lebih 24 orang.
AWANI Pagi: Perpustakaan kreatif, suntik ilmu untuk komuniti
Diskusi AWANI Pagi 8.30 bersama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Datin Paduka Mastura Muhamad mengupas sisi lain peranan perpustakaan untuk membantu komuniti khususnya golongan B40 mendapat akses lebih baik dalam pendidikan.
Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.
Rangkuman Lawatan Delegasi Malaysia ke WEF 2025 di Davos
Saksikan bagaimana delegasi Malaysia mengangkat naratif ASEAN di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland. Selain memacu perbincangan global, delegasi turut memanfaatkan peluang untuk menarik pelaburan dan memperkukuh hubungan perdagangan antarabangsa.
Dialog WEF PM Anwar: Daripada Manchester United, cabaran serantau, hingga imbangi dinamik kuasa besar global
Keupayaan Perdana Menteri mengimbangi perbualan dalam perbincangan beliau mempamerkan kedudukan unik Malaysia dalam diplomasi global.
Tenaga, Ketersambungan, dan Keterangkuman
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfokuskan sektor tenaga dan ketersambungan, termasuk Grid Kuasa ASEAN dan teknologi alternatif. Beliau menekankan keterangkuman, pembangunan digital, kecerdasan buatan (AI), dan kerjasama strategik dalam menangani cabaran iklim, ekonomi, dan keamanan serantau.
Penunjuk perasaan bakar pinata Trump di Mexico City
Penunjuk perasaan membakar pinata Donald Trump di luar kedutaan AS di Mexico City sebagai protes terhadap penggal baharunya dan dasar anti-imigran.
Mogok seluruh negara ganggu kehidupan seharian di Belgium
Di Brussels, lebih 30,000 penunjuk perasaan termasuk anggota bomba, guru, dan ahli kesatuan pekerja turun ke jalan raya.
Protes antiperang, penunjuk perasaan Israel bertempur dengan polis
Puluhan penunjuk perasaan Israel bertempur dengan anggota polis dalam protes antiperang di Tel Aviv pada Sabtu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Setahun Gaza berdarah, kumpulan pro-Palestin protes di Buenos Aires, Lima
Kumpulan pro-Palestin turun ke jalanan di Buenos Aires dan Lima sebagai memperingati ulang tahun pertama serangan Israel terhadap Hamas yang mencetuskan konflik di Gaza pada Isnin.
Penunjuk perasaan bakar diri ketika himpunan pro-Palestin berdekatan White House - Laporan
Demonstrasi bermula di luar Rumah Putih dan berlangsung secara aman.
Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di luar ekspo industri pertahanan Australia
Penunjuk perasaan mengibarkan bendera Palestin dan memukul gendang serta melaungkan "free Palestine" di Melbourne.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menteri Luar Nigeria beri amaran campur tangan asing dalam protes kos sara hidup
Tuggar minta sokongan kolaboratif komuniti antarabangsa dalam menangani cabaran ekonomi dan memastikan kehidupan lebih baik untuk rakyatnya.
Parlimen Bangladesh dibubarkan, buka ruang pembentukan kerajaan sementara
Keputusan itu diambil berikutan pertemuan dengan ketua-ketua pasukan pertahanan, pemimpin parti politik, pemimpin pelajar dan beberapa wakil masyarakat sivil, menurut kenyataan tersebut.